Permohonan Skim Perumahan Belia BSN 2019 (MyHome)

Ini adalah cara unutk anda mebuat permohonan skim perumahan belia bsn iaitu skin pinjaman perumahan melalui bank simpanan nasional bsn

Permohonan Skim Perumahan Belia BSN

Permohonan Skim Perumahan Belia BSN

Jika anda dalam kategori belia dimana anda berhajat untuk beli sebuah rumah idaman dengan harga maksimum RM500k dan minimum Rm300k anda boleh tengok skim pinjaman yang diperkenalkan oleh bank simpan nasional (BSN) ini dimana skim pinjaman ini dinamakan sebagai MyHome BSN (Skim Pinjaman Belia)

Dengan adanya permohonan skim perumahan belia bsn sedikit sebanyak dapat memberi ruang kepada golongan belia bujang atau sudah kahwin untuk membeli rumah pertama mereka.

Ciri & Kelebihan Pinjaman Myhome BSN

BILCIRI & KELEBIHAN
1Tawaran pembiayaan dari BSN ini menetapkan hartanah jenis sudah siap, sedang dalam pembinaan, dan hartanah subpembelian
2Dikecualikan duti setem sebanyak 100% ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan untuk nilaian rumah sehingga RM300,000
3Kerajaan bagi bantuan ansuran bulanan kepada anda sebanyak RM200 sebulan dimana ianya akan dikreditkan ke dalam akaun pelanggan yang membuat pinjaman untuk tempoh 2 tahun, berkuatkuasa dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan Skim Perumahan Belia BSN

  • Anda mestilah Warganegara Malaysia berumur diantara 21 hingga 45 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan)
  • Status Bujang ataupun dan Berkahwin dengan dimana pendapatan isi rumah tidak lebih dari RM10,000 sebulan
  • Untuk status pemilik Rumah Pertama sahaja
  • Jenis permohonan mestilah perseorangan ataupun bersama
  • Anda juga mestilah pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i
  • Ada bukti pembelian serta pemilikan hartanah
  • Cukup sayarat di atas boleh print out borang permohonan skim perumahan belia BSN ini dan hantar
  • Hartanah yang dibeli melalui pembiayaan ini tidak boleh dijual kepada pihak dan tidak boleh ditukar milik dalam tempoh 5 tahun

Tempoh Pinjaman

  • Minimum tempoh masa pinjaman melalui skim ini adalah 5 tahun manakala masimuk 35 tahun (ini juga ambil kira had umur anda tidak melebihi umur 65 bila tamat tempoh pinjaman)

Harga Hartanah
»  Minimum: RM 100,000.
»  Maksimum: RM 500,000.

Margin Hartanah & Kadar Faedah

  • Hartanah – Sehingga 100% atas harga belian/ harga pasaran (yang mana lebih rendah).
  • MRTA – Sehingga maksimum 5% atas harga belian/ harga pasaran (yang mana lebih rendah).
  • Kadar Faedah – antara KA + 0.60% sehingga KA + 3.00% ianya bergantung kepada profil dan lokasi hartanah anda
  • Bagi jumlah pinjaman melebihi RM350,000 dengan tempoh pinjaman 30 tahun, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%*.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Caj Bayaran Lewat

Apa akan jadi bila ada bayaran tertunggak bulan yang anda buat? caj bayaran akan dikenakan seperti kiraan berikut :

Ansuran Bulanan Tertunggak  ×  1%  ×  Bil. Hari Tertunggak
                                               365

Berkaitan Duti Setem

  • Dokumen Prinsipal – Caj Duti Setem adalah secara ad valorem.
  • Lain-lain dokumen – RM 10.00
  • Untuk pembiayaan rumah sehingga RM300k duti setem dekecualikan untuk surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan

Rujukan

Share² lah yerr..

Leave a Comment