Permohonan Guru Interim 2020 Sekolah Kebangsaan & Jenis Kebangsaan Cina

Ini adalah cara untuk anda membuat permohonan guru interim sesi kemasukan tahun 2020 secara online menerusi kpm

Apa Itu Guru Interim (Pengenalan)

Permohonan Guru Interim

Apa itu guru interim? maksud guru interim adalah adalah penjawat awam (Guru) yang bersifat sementara sehinggalah satu titik persetujuan/perjanjian menjadi tetap dicapai.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi laman sesawang rasmi mereka telah mengeluarkan hebahan iklan pengambilan guru interim untuk dua jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) untuk kemasukan tahun 2020

Guru Matapelajaran yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

NAMAMAKSUD
Sekolah Kebangsaan
(SK)
• Bahasa Inggeris (SM),(Sabah)
• Matematik (Sabah),(Sarawak)
• Sejarah (SM),(Sabah),(Sarawak)
• Pendidikan Jasmani (SM),(Sabah),(Sarawak)
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC)
• Bahasa Melayu (SM),(Sabah),(Sarawak)
• Bahasa Inggeris (SM),(Sabah)
• Matematik (SM)
• Sains (SM),(Sabah),(Sarawak)
• Sejarah (SM),(Sabah),(Sarawak)
• Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SM),(Sabah),(Sarawak)
• Reka Bentuk dan Teknologi (SM),(Sabah),(Sarawak)

Permohonan Guru Interim SK & SJKC 2020

Proses Permohonan guru interim boleh dilakukan pada 23 september 2019 dan dan tutup pada 30 september 2019

Step 1

Step 2

  • Tengok pada bahagian permohonan, pada tarikh pembukkan nanti boleh klik pada pautan buka tersebut dan buat permohonan

Step 3

  • Selepas step tekan button buka tersebut anda akan dibawah ke halaman permohonan (pismp.moe.gov.my/myMOHON)
  • Bagi calon baru ketik daftar baru terlebih dahulu baru boleh login
  • Paparan seperti dibawah
  • Dah daftar ketik login dan boleh buat proses permohonan
  • Selesai.

Proses Pengambilan (Tarikh Penting) Guru Interim

Beberapa proses perlu anda lakukan sebelum diserap sebagai seorang guru interim adalah seperti berikut

BILALIRAN PROSES & PAUTANTARIKH PENTING
1Permohonan Online dibuka
(Jam 1.00 tengahari)
23 September 2019
2Permohonan Online ditutup
(Jam 11.59 malam)
30 September 2019
3Semakan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) – Nama Calon BERJAYA9 Oktober 2019
4Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)14 – 17 Oktober 2019
5Semakan Temuduga Guru Interim – Calon Berjaya Ke Temu duga28 Oktober 2019
6Pelaksanaan Temu duga4 – 15 November 2019
7Semakan Keputusan Guru Interim (Calon Berjaya)12 Januari 2020
8Penempatan ke sekolahFebruari 2020
*Note : Pindaan Tarikh Semakan dari 4 oct ke 9 oct 2019 Rujukan : Info Guru Interim Semelaysia

Syarat Permohonan Guru Interim

Beberapa syarat ditetapkan kepada calon dalam permohonan guru interim untuk mohon jawatan tersebut antaranya adalah

  • Anda mestilah Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Berummur tidak lebih dari 35 tahun pada 1 Januari 2020
  • Calon dari Semenanjung
    • Ada Kelelulusan Ijazah Sarjana Muda bidang berkaitan dengan CGPA 3.0 atau setara dengannya dari Universiti Awam (UA)
  • Calon dari Sabah/Sarawak
    • Ada Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Bidang Berkaitan dengan CGPA minimum 3.0 atau setara dari UA dan atau IPTS tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Baca Syarat Penuh Permohonan Guru Interim 2020 untuk lebih terperinci

Maklumat Penting!!

  • Jika berjaya duduki temuduga calon mesti duduki Ujian Psikometrik sebelum datang temuduga
  • Jika berjaya temuduga dan ditawarkan dengan jawatan guru interim calon mestilah patuh dengan syarat dan pindaan dari semasa ke semasa yang ditetapkan dalam surat tawaran tidak mengira sama ada anda berkhidmat di pendalaman atau bandar.
  • Sekurangnya 3 tahun anda perlu berkhidmat di sekolah berkenaan dan tiada pertukaran sepanjang tempoh interim.
  • Guru interim yang tiada ikhtisas pendidikan kena ikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dalam cuti (KDC)
  • Boleh tuntut elaun pernjalanan menghadiri KDC dalam tempoh mendapatkan ikhtisas pendidikan
  • Jika berjaya semua maklumat akan dimaklumkan melalui email oleh KPM
  • Selepas 3 November kalau tiada sebarang jawapan anggaplah tidak berjaya.
  • Tiada surat menyurat untuk sebarang makluman kepada calon

Ringkasan Jawatan (Gaji/Elaun/Imbuhan/Kemudahan)

BILRINGKASAN JAWATAN
iJawatan sebagai “Guru Interim” dengan gred DC41
iiGaji Jawatan Guru Interim adalah sebaganya RM 2,149.03 bagi ijazah kepujian
IMBUHAN/ELAUN/KEMUDAHAN
1Imbuhan Tetap Khidmat Awam
2Bantuan Sara Hidup
3Bayaran Insentif Pendalaman (Ikot Lokasi)
4Elaun Balik Kampung
5Elaun Perumahan Wilayah
6Caruman PERKESO
7Cuti Sakit
8Cuti Penggal
9Cuti Rehat Khas
10Rawatan Perubatan

Info Lanjut Berkaitan Guru Interim

Sebarang Pertanyaan/Info lanjut berkaitan Permohonan Guru Interim di Malaysia boleh rujuk KPM dan laman rasmi di bawah ini.

  • PortaL Rasmi KPM
  • Alamat :
    SEKTOR HAL EHWAL PELAJAR & HUBUNGAN LUAR
    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM

    Aras 2, Blok 2250 
    Jalan Usahawan 1 
    63000 CYBERJAYA
  • No Telefon Pejabat : 03-8312 6666/03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733
  • E-mel KPM :  uppp.ipgm@gmail.com