Permohonan Diploma Kejururawatan USM 2020

Ini adalah cara untuk anda membuat permohonan diploma kejururawatan online terkini yang boleh anda jadikan rujukan dan panduan

Cara Mohon Diploma Kejururawatan USM

Permohonan Diploma Kejururawatan USM

Kursus aatau Program Diploma Kejururawatan Universiti Sains Malaysia (USM) adalah program profesional yang mendapat pengiktirafan dari Lembaga Jururawat Malaysia.

Program yang ditawarkan ini mengfokuskan kepada aspek pendidikan akademik serta latihan klinikal untuk melatih jururawat profesional yang berkemahiran dalam praktis kejururawatan klinikal moden dan dapat memberi sumbangan untuk kesihatan masyarakat.

Program ini ditawarkan untuk calon lepasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertempat di Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan, Kelantan.

Objektik Diploma Kejururawatan USM (Kesihatan)

  • Menyediakan graduan dengan pengetahuan asas dan kemahiran kejururawatan yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan jururawat berdaftar
  • Menghasilkan jururawat profesional dan berpengetahuan yang berupaya menjalankan praktis kejururawatan dengan selamat di persekitaran klinikal serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat

Cara Membuat Permohonan Diploma Kejururawatan USM

  • Bila tarikh dibuka Calon perlu membeli No.PIN BSN USM JURURAWAT dari Bank Simpanan Nasional (BSN) (RM60)
  • Permohonan boleh dibuat melalui https://pohon.usm.my apabila tarikh dibuka, selalunya sekitar bulan Februari setiap tahun
  • Dah selesai buat permohonan boleh la tunggu untuk buat semakan diploma kejururawatan USM apabila dibuka kelak.

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian program ini adalah 3 tahun bersamaan dengan 6 semester iaitu tempoh standard untuk pemgenang diploma di Malaysia.

Syarat Kemasukan Minimum

Berikut adalah syarat minimum bagi kemasukan permohonan diploma kejururawatan USM

  • Lulus SPM/ Setaraf
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia/ Bahasa Malaysia Julai
  • Lulus mata pelajaran Sejarah
  • Syarat Penuh boleh rujuk Syarat Permohonan Diploma Kejururawatan USM

Lepas Keluar Boleh Kerja Sebagai Apa?

Dah graduate anda boleh buat pilihan sama ada :

  • Sambung belajar lagi
  • Sebagai Jururawat
  • Sebaga Tenaga Pengajar

Yuran Pengajian

Berikut adalah kadar yuran terkini untuk progam tersebut, boleh zoom in

yuran diploma kejururawatan usm

*Nota : Kadar yuran adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak universiti

Pertanyaan USM