4+ Alasan Mengapa Perempuan Masih Lagi Single

Pada zaman sekarang, kebanyakkan perempuan memilih untuk menjadi single daripada hidup berdua.

Kebanyakkannya yang single terdiri daripada yang mempunyai paras rupa dan perwatakkan yang menarik dan sangat sesuai dijadikan wanita idaman para jejaka. Tapi aoa yang menyebabkan mereka memilih untuk terus menerus hidup single? Adakah ini takdir atau pilihanya sendiri. 

Berikut merupakan alasan mengapa wanita mengambil keputusan untuk terus single: –

1. Terlalu fokus pada kerjaya

1.	Terlalu fokus pada kerjaya
Fokuskredit: upstation.id

Kehidupan wanita yang sangat sibuk dengan kerjanya membuatkan dia lupa unutk mencari pasangannya. Mencari pasangan hidup memerlukan masa dan usaha. Jika dia 24 jam dengan kerja, ibarat pejabat itu rumahnya dan rumah itu pejabatnya, bila masanya dia nak mencari pasangan untuk dirinya.

2. Serik untuk bercinta

2. Serik untuk bercinta
Fotokredit:hancinema.net

Pengalaman putus cinta telah menyebabkannya serik untuk bercinta lagi dan menyebabkan dia sukar untuk menerima kehadiran lelaki pada ketika ini. Pengalaman putus cinta ini mungkin merupakan pengalaman yang memedihkan dalam hidupnya kerana dan masih memerlukan masa yang lama untuk membuka hatinya kembali kepada lelaki.

3. Tidak Yakin Pada Diri Sendiri

3. Tidak Yakin Pada Diri Sendiri

Perempuan yang masih single kurang yakin pada diri sendiri, dia merasakan dirinya tidak layak untuk lelaki itu. Kebiasaannya, perempuan yang kurang keyakinan diri ini adalah disebabkan oleh fizikalnya yang besar atau kurang sempurna pada fikirannya, Ini berlaku kerana, lelaki di luar sana kebanyakkan lebih memilih perempuan yang mempunyai perwatakan yang sempurna sahaja. Orang seperti ini, memerlukan bantuan rakan-rakan dan ahli keluarga di sekitarnya untuk meningkatkan keyakinannya semula.

4. Tidak Bersedia untuk berkahwin

4. Tidak Bersedia untuk berkahwin
Fotokredit: parrocchiemogliano.it

Ada perempuan sudah bersedia untuk melangsungkan perkahwinan pada usia yang muda dan ada juga perempuan yang masih belum bersedia ke arah itu. Berkahwin bukan satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi. Hanya orang yang yakin pada dirinya sahaja yang mampu menempuh alam perkahwinan ini.  

5. Belum menjumpai pasangan yang sesuai

5. Belum menjumpai pasangan yang sesuai
Fotokredit: lebihbaik.newtipsindonesia.com

Ni merupakan alasan yang kerap sering digunakanoleh kebanyakan orang untuk menjelaskan kenapa masih sendiri di usia yang sudah tua iaitu masih belum menjumpai pasangan yang sesuai. Ini disebabkan kemungkinan dia seorang yang terlalu memilih pasangan hidupnya atau telah menemukan pasangan yangsesuai tetapi  hanya saja dia kurang peka.

Setiap orang mempunyai alasan yang tersendiri kenapa dia masih menyendiri sehingga ke tua , seharusnya orang lain tidak mempunyai hak untuk menghakimi orang tersebut. Jika mempunyai kawan atau ahli keluarga yang masih single, janganlah anda mengejeknya atau mengutuk dia. Tetapi doakan dia supaya dia dipertemukan jodoh yang baik disisi Allah s.w.t.

Jodoh Itu Rahsia Allah

BELUM, kalau waktunya masih belum tepat

NANTI, kalau masih harus pantaskan diri

TIDAK, jika dia bukan yang terbaik

Share² lah yerr..