Sarapan Jadi Lebih Seronok Dengan ‘Pancakebot’

Pencetak penkek 3D

Tiada yang mustahil dalam dunia teknologi, kalau boleh sampai makan pun nak robot yang tolong suapkan. Tidak dinafikan kemajuan teknologi hari ini memang sudah banyak memudahkan kehidupan kita.

Pancakebot, pencetak penkek 3D ini bakal mengubah mood anda ketika sarapan. Dengan adanya mesin Pancakebot ini, anda boleh membuat rekabentuk penkek anda sesuka hati. Tinggal buat lakaran kemudian penkek anda sedia untuk dicetak! Oh ya lebih tepat penkek anda sedia untuk dihidangkan.

Baca: Walkcar -Kenderaan peribadi yang boleh diletakkan dalam beg

Nak penkek bentuk menara KLCC pun boleh, kalau anda kurang selera makan ketika sarapan pagi, kami rasa anda perlu ada alat ini. Ia mula dijual pada harga $ 300 usd. Tak ada penkek, lempeng pun boleh, kita kan rakyat Malaysia.

Maklumat lanjut: Pancakebot

© Pancakebot

© Pancakebot

© Pancakebot

© Pancakebot

© Pancakebot

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of