Pejabat Unik Dari Kontena, Idea Menarik Dan Menjimatkan

Idea bina pejabat dari kontena ini sungguh unik dan yang paling seronok sudah tentunya menjimatkan.

Tidak semua jenis perniagan memerlukan pejabat yang besar, asalkan anda mempunyai ruang yang selesa untuk melakukan kerja itu sudah memadai. Lebih-lebih lagi di era serba canggih ini, lebih ramai orang yang melakukan kerja hanya dari rumah.

Mempunyai sebuah pejabat untuk melakukan kerja tentunya idea yang bagus dan lebih selesa untuk melakukan kerja. Jika sebelum ini kami banyak memaparkan idea ruangan kerja di rumah, kali ini kita lihat pula idea untuk bina pejabat dari kontena.

Pejabat kontena, idea ini sebenarnya sudah lama diperkenalkan di luar negara. Kami harap ini boleh memberi inspirasi untuk anda yang ingin memilik pejabat sendiri pada harga yang jauh lebih murah dan yang paling penting pejabat anda tetap nampak cool!

Gambar yang anda lihat ini adalah contoh kontena yang telah diubah suai menjadi pejabat. Idea asal oleh HiLoft. Kenapa membina pejabat dari kontena jauh lebih murah? Ok mari kita buat sedikit kira-kira.

Jika pada harga RM7000,00 anda sudah mampu untuk mempunyai sebuah pejabat sendiri rasanya murah atau mahal? Paling penting, pejabat jenis ini boleh diletakkan dimana-mana. Di depan rumah, di kebun atau di mana-mana sahaja yang anda rasa selesa.

Kiraan kasar sebuah kontena boleh dapat pada harga RM5000,00 untuk dekorasi kami cuba anggarkan RM2000,00 sahaja. Semuanya berharga RM7000,00. Macam mana, menarik tak?

Baca juga: 19 Rekabentuk Pejabat Mini Untuk Ruang Kerja Yang Lebih Sempurna

Share² lah yerr..

Leave a Comment