Cara Niat Puasa Sunat Hari Arafah Dan Maknanya

Niat Puasa Ketika hari Arafah, Hari Arafah atau Hari Wukuf adalah antara hari kebesaran dalam Islam. Ia jatuh pada 9 Zulhijjah setiap tahun Hijrah.

Berpuasa sunat pada hari itu bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji adalah satu kesempatan yang sangat baik kerana ia mempunyai banyak kelebihan.

Puasa pada Hari Arafah juga satu lagi peluang untuk membersihkan diri daripada segala dosa.

Ini selaras hadis Rasulullah saw bermaksud, “Puasa pada Hari Arafah, aku mengharapkan supaya dihapuskan (dosa) pada tahun sebelumnya dan selepasnya”. (Riwayat Muslim)

Kekeliruan

Ada sedikit kekeliruan dari segi tarikh dan masa. Sesetengah orang musykil mengenai hari tepat untuk berpuasa sunat Hari Arafah kerana tarikh 9 Zulhijjah di Arab Saudi dan di Malaysia kadang-kadang tidak sama.

Dalam hal ini, ulama berpendapat, sebaik-baiknya puasa sunat Hari Arafah dikerjakan mengikut tarikh 9 Zulhijjah di Malaysia

Niat Puasa Sunat Hari Arafah.

Niat Puasa Sunat Hari Arafah.

Untuk lebih kefahaman mengenai puasa sunat Hari Arafah, anda boleh menonton tentang puasa arafah pada video ini.