10 MRSM Terbaik Di Malaysia Terkini

Ini adalah senarai MRSM terbaik di Malaysia berdasarkan ranking pencapaian SPM pada tahun 2018.

MRSM Terbaik Di Malaysia

MRSM terbaik di Malaysia

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan sebuah sekolah di bawah naugan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

MRSM ditubuhkan untuk memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar bumiputera yang pintar, kebolehan akademik dan  inteklektual yang tinggi untuk meningkatkan dan mengembangkan lagi potensi kebolehan diri mereka.

VISI & MISI MRSM

Visi

Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

Misi

Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

SYARAT KELAYAKAN DAN KEMASUKAN

Bagi pengambilan pelajar MRSM setiap tahun, MARA mempelawa pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan 4.

Keutamaan pengambilan pelajar ini akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan bandar.

Syarat Kemasukan Ke MRSM

  • Calon warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  • Calon mestilah memohon atas talian (online).
  • Calon mengikuti Kurikulum Kebangsaan serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Calon mestilah berminat belajar di MRSM.
  • Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
  • Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum

SENARAI MRSM TERBAIK DI MALAYSIA

Berikut merupakan 10 MRSM terbaik di malaysia bagi tahun 2018 mengikut pencapaian keputusan SPM.

Ranking 2018 MRSM Alamat Gred Purata Maktab (GPM) Ranking 2017
1MRSM TUN GHAFFAR BABAJalan Sempang Kerayong, 77000,Jasin,Melaka 1.48 1
2MRSM LANGKAWIKM4 Jalan Ayer Hangat 07000 Kuah Pulau Langkawi Kedah Darul Aman  1.52 3
3MRSM TAIPINGJalan Bukit Larut 34000 Taiping, Perak 1.60 2
4MRSM KUANTANJalan Tok Sira, Kampung Alor Akar, 25250 Kuantan, Pahang 1.72 12
5MRSM KUBANG PASUKampung Hutan Terabak, 06000 Jitra, Kedah 1.79 5
6MRSM KUBU BARUJalan Ampang Pechah, Km 8 Kampung Ampang Pechah, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor 1.87 21
7MRSM KUALA KLAWANGJalan Titi, Kampung Chempedak, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan   2.03 44
8MRSM PENGKALAN CHEPATaman Orkid, 16100 Kota Bharu, Kelantan 2.09 4
9MRSM TUMPAT1090, Jln Pengkalan Kubor, 16200 Tumpat, Kelantan 2.12 27
10MRSM KEPALA BATASJln Tun Hamdan Sheikh Tahir, 13200 Kepala Batas, Penang 2.16 7

Di harapkan perkongsian mrsm terbaik di malaysia ini, memberi sedikit pengetahuan kepada ibu bapa atau pelajar yang ingin menyambung persekolahan di sini.

Pertanyaan MRSM

Leave a Comment