Jambatan Di Belanda Ini Membolehkan Anda Berjalan Di Dalam Air

Siapa sangka, Idea membina jambatan ini diinspirasikan dari kisah Nabi Musa (A.S)

Ini mungkin jambatan paling unik dan bergaya yang pernah anda lihat di dunia. Ya, Rekabentuk jambatan ini seolah-olah memberikan anda pengalaman berjalan di dalam air.

Terletak di Netherlands (Belanda), Jambatan unik ini di rekabentuk oleh ‘RO&AD architecten’. Ia diperbuat daripada kayu Accoya sejenis kayu yang kalis air dan tahan lasak. 

Berada di daerah Fort De Roover iaitu kawasan perkubuan lama yang wujud semasa perang pada tahun 1747 berhampiran di Halsteren. Asalnya ia adalah sebuah parit yang sudah kering dan di penuhi dengan semak-samun.

Baca juga: Istana Hantu Di Romania Ini Dijual Pada Harga 80 Million Usd

Idea untuk membina jambatan ini sebenarnya diinspirasikan dari perisitwa Nabi Musa (A.S) membelah lautan. Wow! Apa pun, Idea membina jambatan dengan rekabentuk unik ini sangat menggagumkan!

Moses Bridge, Netherlands

Moses Bridge, Netherlands

Moses Bridge, Netherlands

Moses Bridge, Netherlands

Moses Bridge, Netherlands

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of