Nak mandi bersama Gajah? Anda mesti pergi ke Kuala Gandah

Ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Pusat Konservasi Kuala Gandah ini. Yang paling menariknya, penggunjung boleh beramah mesra dengan gajah serta berpeluang menungang dan mandi bersama mereka.

Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah

Pusat konservasi telah beroperasi sejak 1989 ini terletak di Lancang, Pahang menempatkan gajah-gajah yang tidak mempunyai keluarga dan tempat tinggal.

Gambar wikipedia

Kenapa Pusat Konservasi ini dibina?

Disebabkan banyak tanah-tanah hutan di Malaysia telah dijadikan tanah pertanian, gajah ini hilang tempat tinggal dan menyukarkan mereka mencari makanan. Jadi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) tampil memainkan peranan untuk menyelamatkan gajah-gajah malang ini dengan menempatkan mereka ke Kuala Gandah sebelum di lepaskan semula ke tempat lain.

Keep it Up PERHILITAN !!

Gambar malaysia29.com

Pengalaman yang sangat berbeza & kanak-kanak mesti sangat teruja

Tempat ini menjadi tarikan pelancong disebabkan aktiviti-aktiviti mereka yang sangat unik. Korang boleh beri makanan pada gajah tersebut dengan jarak dekat, menunggang gajah dan mandi bersama mereka di sungai berdekatan.

gambar seripengantinresort.com.my

Bagaimana korang boleh membantu

Untuk penempatan semula seekor gajah ia boleh menelan belanja sehingga RM20,000 seekor. Jadi mereka amat bergantung kepada derma pengunjung-pengunjung disitu. 

Gambar wikimapia

Bagaimana hendak ke Kuala Gandah

Ia mengambil masa 2 jam kalau memandu dari Kuala Lumpur. 

Tips:

1) Rata-rata pengunjung di Tripadvisor bagi 4-5 bintang! Rugi tak pergi!

2) Pusat ini dibuka dari 10.30 hingga 4 petang. Datang awal pagi kalau cuti sekolah, sebab memang ramai datang situ. Silap-silap nanti korang kena parking jauh kalau lambat. Haih!

Info lanjut >>> Website PERHILITAN

tripadvisor.com

mygoldenholidays.com

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of