Malam Lailatul Qadar 2020 Doa, Kelebihan, & Amalan Yang Boleh Dilakukan

Malam lailatulqadar merupakan malam yang lebih baik dari seribu bulan dimana malam tersebut hanya terjadi ketika bulan Ramdhan. Ayat al-Quran juga diturunkan pada malam tersebut diamana malam tersebut disebut di dalam sura Al-Qadr.

Malam LailatulQadar Malaysia

Malam Lailatul Qadar 1000 Bulan

Kelebihan Malam Lailatul Qadar

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang berdiri (menunaikan solat) pada malam lailatulqadar dengan (penuh) keimanan dan pengharapan (pahala), maka akan diampuni semua dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walaubagaimanapun, syarat untuk kita mendapat keampunan mestilah didahului dengan usaha bersungguh-sungguh menghidupkan lailatulqadar dengan amal ibadat wajib dan sunat.

Sejarah ringkas mengenai Malam al-Qadar ini berlaku apabila sahabat-sahabat Rasullah SAW kagum dengan seorang umat bani israil yang diceritakan kepada mereka dimana seorang umat tersebut beribadah selama 1000 bulan (malam beribadah/siang berjihad).

Oleh sebab itu, Allah SWT menurunkan surah al-Qadar dengan menyatakan yang malam tersebut baik dari 1000 bulan. ia merupakan rahmat & kurniaan Allah Taala untuk seluruh umat Nabi Muhammad SAW.

Bila Malam Lailatul Qadar Yang Sebenar?

Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terkahir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  1. Para ulama telah bersependapat bahawa Lailatul Qadar akan berlaku di dalam malam-malam sepuluh yang terakhir di bulan Ramadhan, ini bersandarkan kepada banyak hadith Rasulullah SAW.
  2. Ada juga  pendapat ulama’ mengatakan bahawa Lailatul Qadar akan berlaku pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam ini (21, 23, 25, 27 dan 29).
  3. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahui, bila masanya dan kepada siapa daripada kalangan hamba-hambanya yang dikehendaki.

Malam Lailatul Qadar Menurut Imam Ghazali

Dalam kitab Ihya Ulumudin, Imam Al-Ghazali menyebut, ada 5 hari yang memungkin terjadinya malam lailatul qadar.

  • Pertama, jika hari pertama Ramadhan jatuh pada malam Ahad atau Rabu, maka lailatul qadar jatuh pada malam 29 Ramadhan.
  • Kedua, jika malam pertama jatuh pada malam Isnin, maka lailatul qadar jatuh pada malam 25 Ramadhan
  • Ketiga jika malam pertama Ramadhan jatuh pada malam Khamis, maka lailatul qadar jatuh pada malam 25 Ramadhan
  • Keempat, jika malam Ramadhan jatuh pada malam Sabtu, maka lailatul qadar jatuh pada malam 23 Ramadhan
  • Kelima jika malam pertama Ramadhan jatuh pada malam Selasa atau Jumaat, maka lailatul qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan

Walaubagaimanapun, berlakunya malam Lailatul Qadar ini hanya Allah SWT saja yang tahu, yang diceritakan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya itu merupakan rumusan yang diuji oleh tokoh-tokoh ulama yang menemui Lailatul Qadar.

Amalan Malam Lailatul Qadar Yang Boleh Anda Lakukan

  • Perbanyakkan Baca Doa Ini
Foto : fimadani.com
  • Perbanyakkan solat sunat, baca al-quran, bersikir dan doa (doa dalam bahasa kita faham pun ok)
  • Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, jika kebetulan malam tu malam al-Qadr besar pahala amalannya

Amalan Malam Lailatul Qadar Bagi Wanita Haid & Nifas

Boleh amalkan zikir seperti dibawah.

سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar

Maha suci bagi Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada satu Tuhan pun yang disembah kecuali Allah, dan Allah maha besar

[Tazkirah]Ringkas Lailatul Qadar Ustaz Wadi Annuar

Video : Zonkuliah

Rujukan :

Share² lah yerr..
Categories Islamik