Maksud Guru Interim, Sandaran, Dan Ganti Di Malaysia 2020

Ini adalah maksud guru interim, sandaran, serta ganti di malaysia sebenar yang boleh anda jadikan rujukan dan panduan

Maksud Guru Interim, Sandaran, Ganti

maksud guru interim

Jika anda berhajat untuk memohon jawatan sebagai seorang guru, anda perlu tahu tentang maksud guru interim, sandaran serta ganti terlebih dahulu seperti apa maksud guru interim dan sebagainya supaya anda tidak keliru jika ingin membuat permohonan kelak.

Calon-calon lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) atau mana-mana institut berkaitan guru selalunya tidak ada masalah tentang perkara ini, tetapi bagi calon yang bukan jurusan pendidikan selalunya tidak faham maksud desabalik senarai status guru ini.

Berikut adalah senarai panduan maksud sebenar sebagai seorang yang dilantik sebagai guru

NAMAMAKSUD
• Maksud Guru Interim adalah penjawat awam (Guru) yang bersifat sementara sehinggalah satu titik persetujuan/perjanjian menjadi tetap dicapai.

• Jawatan tersebut juga melalui pelantikan dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi fasa ujian-ujian tertentu seperti penjawat awam biasa

• Guru Interim juga seperti guru atau penjawat awam biasa dimana meraka layak mendapat ganjaran dari segi kewangan serta faedah sampingan yang sama.

• Tidak mendapat status guru secara tetap seperti guru biasa dalam tempoh interim

Tidak akan mendapat status seinioriti serta ganjaran persaraan (gratiuiti) dari majikan

• Jika diserap ke lantikan tetap, tarikh mulanya sebagai status tetap tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

• Tarikh tersebut akan bermula semasa temuduga baru tersebut atau akan diundur ke tarikh semasa anda mula-mula mendapat tawaran secara interim dahulu
Guru Ganti• Guru Ganti pula adalah guru sementara yang tidak terikat dengan mana-mana ketetapan penjawat awam tetap

• Ianya hanyalah sekadar mengganti semetara guru-guru tetap bercuti kursus dalam jangka pandek ataupun cuti bersalin

• Rata-ratanya guru ganti terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan STPM yang tiada latihan ikhtisas/guru tidak terlatih dan dilantik secara kontrak

• Syarat untuk satu-satu sekolah boleh mengambil guru ganti apabila kekosongan bercuti guru tetap tersebut diatas dari 28 hari
Guru Sandaran
Guru sandaran terbagahi kepada 2 kategori iaitu Guru Sandaran Terlatih Dan Tidak Terlatih Guru Sandaran Terlatih (GST)

Guru Sandaran Terlatih (GST)
• Guru Sandaran Terlatih adalah guru yang telah menamtakan pengajian dan pembelajaran dalam bidang ke arah jawatan sebagai guru contohnya calon dari lepasan IPG

• Guru posting dekenali dengan GST dengan jawatan bergred Dc41 dalam penjawat awam.

• Lulus temuduga dengan SPA barulah status sebagai guru sandaran terlatih (GST) dibuang dan digantikan dengan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPS) dengan gred jawatan baru Guru DG41 (TETAP)

•Jika ada ijazah dalam bidang kejuruteraan, anda boleh juga mohon di mana-mana politeknik

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

• Guru Sandaran Tidak Terlatih merupakan seseorang yang tidak mempunyai apa-apa sijil, diploma mahupun ijazah dengan bidang berkait sebagai seorang guru. tetapi berminat untuk menjadi guru.

• Mejoriti GSTT berkhidmat sebagai Guru Ganti sahaja

• Boleh ditamatkan kontrak pada bila-bila masa sahaja.

Permohonan Guru Interim

Dah baca dan faham mengenai guru interim? anda boleh buat permohonan guru interim terkini untuk sesi tahun akan datang untuk melayakkan anda disenarai pendekkan dalam senarai sesi kemasukan akan datang.

IPG Institut Pendidikan Guru

Kalau anda berminat nak jadi guru yang terlatih anda boleh buat permohonan ipg sebagai seorang guru dengan memasuki kursus yang ditawrkan di institut tersebut dengan memenuhi syarat-syarat untuk masuk ipg.

Tarikh permohonan IPG Malaysia untuk program Ijazah sarjana muda perguruan PISMP ambilan 2019 adalah seperti berikut, untuk 2020 akan kami kemaskini kelak.

Info Lanjut Berkaitan Penguruan

Sebarang Pertanyaan/Info lanjut berkaitan perguruan di Malaysia boleh rujuk KPM dan laman rasmi di bawah ini.

Semoga maklumat berkaitan tentang maksud guru interim, sandaran, dan ganti ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Rujukan

  • Cikgu Ayu Dot My (Istilah Guru)

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of