Lukisan Emoji Pada Set Bola ‘Pool’ Ini Sangat Comel

Set bola comel ini jadikan mood bermain lebih seronok dan kelakar

Bola Pool dengan emoji ini sangat comel. Idea mengubah rekabentuk bola kepada corak yang lebih menyeronokkan oleh artis ini dilukis menggunakan tangan! Memang kreatif habis.

Biasanya bola Pool dibezakan mengikut warna dan nombor, tetapi lain pula dengan bola pool yang ini. Ia dibezakan mengikut emoji. Huh, kami sendiri pun tak tahu cara nak main  macam mana, yang pasti ia tentu jadi sangat seronok!

Idea untuk melukis emoji pada bola Pool ini bermula apabila majikannya membeli satu set pool yang baru untuk pejabat mereka. Oleh kerana dia mempunyai kemahiran melukis, dia diminta untuk menjadikan bola ini nampak lebih menarik. Dia memilih untuk melukis emoji kesukaannya.

Sekarang permainan ini bukan sahaja seronok, malah kelakar!

Maklumat lanjut: Hand Painted Emoji Pool Set

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment