MasterCard Reka Semula Logo Mereka Buat Kali Pertama Selepas 20 Tahun

Apa pendapat anda tentang logo baru MasterCard ini?

MasterCard adalah salah satu logo yang sangat ikonik di dunia, lebih dari 2.2 bilion kad terdapat logo bulatan kuning dan merah ini. MasterCard merupakan nama yang cukup besar di antara syarikat-syarikat pengurusan kewanggan di dunia. Kami yakin sebut sahaja MasterCard, anda pun sudah cukup kenal dengan mereka bukan?

Selepas 20 tahun, ini kali pertama MasterCard membuat keputusan untuk mengubah logo sedia ada kepada bentuk yang baru. Masih mengekalkan ciri-ciri asal iaitu bentuk bulan dengan warna kuning dan merah, tetapi logo baru mereka ini akan tampil lebih ringkas atau minimalis.

Baca: 30 Perubahan Logo Syarikat Terkenal Dahulu Dan Sekarang

Dengan kerjasama Pentagram, iaitu syarikat yang sama mengubah logo logo terkenal seperti DC Comics, PBS talk show, dan the London Underground. Sewajar dengan peredaran zaman, logo ini adalah pembaharuan kepada era dunia digital.

Apa pendapat anda tentang logo baru MasterCard ini? Jika perubahan itu baik , kenapa perlu takut untuk bertindak. Betul tak?

Maklumat lanjut: Mastercard.us | Pentagram

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment