Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA 2019 (Informative)

Ini adalah panduan dan cara bagaimana hendak membuat permohonan latihan tersebut menerusi spa bagi tahun 2019

Apa Itu Latihan Separa Perubatan SPA?

latihan separa perubatan

Apa itu Latihan Separa Perubatan (LSP) merupakan satu program pengajian yang ditawarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bagi pencari kerja terutamanya lepasan SPM di seluruh Malaysia

Ada elaun sara hidup serta penginapan pelatih di (Senarai Kolej Latihan Separa Perubatan) sepanjang pengajian anda dalam program yang anda bakal sertai kelak.

Bagi pelatih yang berjaya memasuki latihan ini sudah tentunya tersedia pekerjaan selepas tamat tempoh latihan pengajian, dimana KKM akan menempatkan pelatih di mana-mana Hospital Kerajaan untuk anda bekerja.

Tiada sebaran yuran juga dikenakan untuk pelatih sepanjang latihan, pastinya satu pengajian yang menarik untuk anda mohon. Itulah serba ringkas tentang apa itu latihan separa perubatan Dibawah ini senarai jenis latihan di peringkat Diploma & Sijil.

Senarai Bidang Latihan Separa Perubatan

(Diploma)

  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Fisioterapi
  • Latihan Jururawat
  • Latihan Juruterapi Pergigian
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juru X-ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan

(Sijil)

  • Latihan Jururawat Masyarakat
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Senarai Kolej Latihan Separa Perubatan (KKM)

Setiap tahun pengambilan Program ini diambil sebanyak dua (2) kali iaitu pada bulan Januari dan Julai. Berikut adalah senarai kolej latihan separa perubatan seluruh negara.

Hebahan Iklan Latihan

Semalam KKM menerusi laman sesawang portal kerjaya kerajaan Malaysia SPA telah mengeluarkan hebahan Kekosongan Latihan diamana pengambilan sebanyak 150 untuk bertaraf sijil dan 1365 bertaraf diploma seluruh negara.

Syarat Permohonan :

Berikut adalah pautan syarat permohonan bagi setiap latihan yang bakal anda pilih. (Syarat Permohnan), pastikan sesuai dengan kelayakan akademik terutamanya untuk permohonan bertaraf diploma dan sijil.

Cara Memohon Latihan Separa Perubatan Spa

Step 1 – Daftar/Login

Permohonan melalui website Rasmi spa iaitu:

  1. https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
  2. https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Step- 2 Kalau Dah Daftar

Kalau anda pengguna sedia ada SPA anda hanya perlu ke bahagian “Jawatan Dimohon” dan terus ke “Jawatan SPA” dalam tu korang akan nampak pautan “SEPARA” macam gambar di bawah ini.

Step 3 – Ketik Mana Nak

Ketik latihan mana anda nak dan tekan button ke kanan macam dalam gambar dibawah, dah sattle ketik simpan.

Step 4 – Hatar Permohonan

Masuk bahagian pengakuan permohonan dan ketik “Perakuan” dan nampak latihan yang anda pilih tadi? sila baca pengakuan permohonan terlebih dahulu dan ketik “Saya Setuju” jika anda setuju dan terus Hantar.

Step 5 – Semak Permohonan

Semak semula permohonan anda di bahagian “Semak Permohonan” takut tak masuk atau tersilap. Kalau ada seperti di gambaran di bawah makanya ada dah berjaya buat permohonan dan tunggu sentiasa semak status kalau dapat kelak. Good Luck.

Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan

  • Bagi anda yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberikan. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
  • Antara Contoh Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan

Temuduga Latihan Separa Perubatan

  • Panggilan temuduga latihan separa perubatan sama seperti peperiksaan juga, akan dimaklumkan kepada anda jika anda layak dan dipanggil menerusi SPA
  • Ini antara contoh soalan temuduga yang bakal ditanya.

Itu saja yang kami boleh kongsikan buat masa ini, nak lebih info terkini boleh join Chennel TG disini

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of