Aksi Kucing Menari Ballet Ini Sangat Comel!

Sebab kenapa ramai orang suka kucing, mereka ini mempunyai karakter yang sungguh comel.

Alahai, tak puas kami tengok gelagat kucing putih ni menari. Kenapa comel sanggat ni? Betul lah, kucing ni haiwan peliharaan yang sangat istimewa. Lihat gelagat mereka sahaja pun sudah cukup untuk buat anda tersenyum.

Pernah tak terfikir apa yang kucing  lakukan saat anda tiada di rumah? Seorang pengguna di Twitter, mendedahkan beberapa keping gambar kucingnya dengan aksi yang sangat menghiburkan.

Kucing menari tarian ballet, nah! Memang comel habis. Kalau anda fikir kucing duduk termenung melihat burung-burung di luar tingkap saat ditinggalkan sendirian, anda silap! Tanpa segan silu mereka boleh menari dengan aktif!

Geram betul tengok kucing ni.

Maklumat lanjut: Twitter @ccchisa76

Sumber: Ballet Cat Dance Like NoBody’s Watching

Categories news

Leave a Comment