Kucing Ini Datang Ke Universiti Setiap Hari Untuk Kurangkan Tekanan Pelajar

Siapa sangka, kucing comel ini tidak pernah jemu untuk mengembirakan pelajar setiap hari.

Kisah paling comel dan manja buat kami mahu datang ke universiti ini dan peluk kucing ini ketat-ketat!

Lumrah seorang pelajar berhadapan dengan tekanan adalah perkara biasa, tiada cabaran bukan kehidupan namanya. Begitu jugalah yang berlaku kepada semua orang setiap hari.

Baca: Buka Pintu Masjid Untuk Kucing, Imam Ini Jadi Pujaan Seluruh Dunia

Pelajar di University Of Augsburg, Jerman sangat beruntung! Mereka ada makhluk comel yang sentiasa ada saat mereka sedang berduka. Seekor kucing berwarna jingga, gebu dan comel! Digelar dengan nama ‘Kucing Kampus’, kucing ini mempunyai auranya yang tersendiri dalam membantu mengurangkan tekanan pelajar-pelajar di situ.

Setiap hari, kucing ini akan berjalan-jalan di sekitar kawasan universiti dan bermain dengan pelajar-pelajar di situ. Oleh kerana mempunyai perwatakkan yang comel dan manja, dia sentiasa menjadi tempat untuk pelajar mengurangkan stress.

Di peluk, di cium dan meluangkan masa bersama kucing ini, ia secara tidak langsung memberikan mood gembira kepada pelajar-pelajar di sana. Semua pelajar di situ cukup kenal dengan kucing ini. Bukan itu sahaja, kucing ini juga mempunyai rumah khas nya yang tersendiri.

Berjalan dan merayap sesuka hati kemana-mana, kucing comel ini adalah pujaan seluruh warga di University Of Augsburg!

Jangan lupa  Like facebook Viramon untuk lebih banyak cerita-cerita menarik!

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of