Kucing Dua Belah Muka Yang Cantik Dan Unik

Walaupun ada dua belah muka, tapi tetap comel! Sekali pandang macam pakai topeng.

Sekali pandang nampak macam pakai topeng tetapi itulah keunikan kucing yang dinamakan Labat ni. Kucing jenis British Shorthair ini  tinggal di France dan gambarnya menjadi sensasi di internet. 

Sebenarnya tidak dapat dipastikan mengapa kucing ini mempunyai 2 belah muka yang berbeza tetapi ia dikaitkan dengan 2 jenis DNA yang berlainan dan 2 embrio yang bercantum.

Apa-apa pun, berbezaan ini tetap menjadikan kucing ini unik dan cantik =)

Info lanjut: Chatterie de la Grâce | Instagram