Kucing Dan Kuda Berkawan Baik Sejak Kecil

Walaupun dari spesies yang berlainan, haiwan ini buktikan perbezaan itu bukan penghalang untuk berkasih sayang.

via: thedodo.com

Dakota adalah seekor kuda berusia 15 tahun dan Sappy merupakan seekor kucing kecil berusia 1 tahun. Mereka berkawan baik semenjak Sappy masih seekor anak kucing lagi.

Denice Kinney, tuan kepada dua ekor binatang comel ini memberitahu, dia menjumpai Sappy pada mei tahun lepas. Ketika itu Sappy masih lagi seekor anak kucing yang kecil.

Baca: Buka Pintu Masjid Untuk Kucing, Imam Ini Jadi Pujaan Seluruh Dunia

Setiap kali ke kandang memberi Dakota makan, dia akan membawa Sappy bersamanya. Dari situ lah dia mula berkawan, iaitu sejak kecil lagi.

Walaupun saiz tubuh Dakota jauh lebih besar daripada Sappy, sekalipun kuda besar ini tidak pernah menyakiti Sappy. Malah membiarkan kucing ini memanjat-manjat dibelakangnya.

Hanya dengan satu tendangan, kuda ini mampu membunuh kucing kecil ini. Tetapi mereka tidak, perbezaan tidak menjadi penghalang untuk mereka berkasih sayang. Menurut pemiliknya, Dakota melayan Sappy dengan lembut malah sentiasa mengalah.

via: thedodo.com

via: thedodo.com

via: thedodo.com

via: thedodo.com

Sumber: The Dodo

Leave a Reply