Anda Kini Boleh Menghantar Ribuan Bintang Melalui Sampul Surat

Mendapat surat boleh jadi sesuatu yang sangat mengembirakan

Kemajuan teknologi hari ini sudah banyak  mengubah cara kita berhubung, jika dahulu suratlah yang menjadi perantaran di antara dua pihak. Boleh dikatakan surat-menyurat adalah salah satunya cara paling mudah untuk menyampaikan sesuatu pesanan seperti jemputan, berita, urusan dan juga cinta! 

Sekarang urusan rasmi pun sudah kurang dihantar melalui surat, kebanyakkannya melalui email atau menghantar pesanan terus kepada telefon pintar. Bercerita tentang surat-menyurat, di Jepun mereka mencipta sesuatu yang kreatif supaya aktiviti menghantar surat-menyurat ini menjadi lebih menyeronokkan.

Memperkenalkan sampul surat Hoshi-zora, sampul surat yang dipenuhi dengan ribuan bintang didalamnya. Menarik bukan? Mungkin pada luarannya kelihatan sama seperti sampul surat yang lain, tetapi anda pasti akan rasa kagum setalah melihat didalamnya.

Sampul surat boleh didapati di laman web Japan Trend Shop pada harga $16 usd iaitu bersamaan RM65.00 sekeping, harga ini tidak termasuk kos penghantaran ke seluruh dunia. 

Baca juga: 35 Reka Bentuk Peti Surat Yang Kreatif Di Jepun

Sumber: Kamigu

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment