Konsep Rumah Terapung Mirip UFO Ini Membolehkan Anda Tinggal Di Atas Laut

Jet Capsule, konsep rumah terapung masa hadapan

Apabila harga tanah semakin mahal, kenapa tidak tinggal sahaja di atas laut? Itu lah yang difikirkan oleh arkitek dari Amerika Syarikat ini. Kadang-kadang tekanan dari masalah yang bukan anda cipta menjadikan anda lebih kreatif untuk berfikir.

Tinggal di atas laut? Huh, bunyi macam menarik pula! Itu tidak mustahil dengan Jet Capsule. Jet Capsule merupakan rumah dengan rekabentuk yang istimewa ini membolehkan impian anda untuk tinggal di atas laut menjadi kenyataan.

Berbentuk seperti U.F.O, Rumah Cakera berkeluasan 40 kaki persegi ini dilengkapi dengan sebuah bilik dibawahnya dan bilik ini membolehkah anda melihat permandangan dasar laut dari dalam. Selain itu ia dilengkapi dengan dapur, bilik mandi dan lain-lain kelengkapan yang ada pada sebuah rumah.

Rumah unik ini menggunakan tenaga solar sebagai sumber bekalan elektrik. Paling seronok, anda boleh dapatkan ikan segar setiap hari tanpa perlu pergi ke pasar! Wah!!! 

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of