Apply KISS 2020 Kasih Ibu Smart Selangor

How to apply kiss 2020? Kasih ibu smart selangor merupakan bantuan kerajaan negeri Selangor kepada rakyat di negeri selangor yang juga pengudi di negeri tersebut.

KISS SELANGOR 2020

Kisss Selangor Kasih Ibu Smart Selangor

Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

Sejak beberapa tahun sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan beberapa insentif kepada rakyat negeri selangor, antara bantuan yang disalurkan adalah program Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss Selangor), Ianya sebagair mengiktirga peranan penting kaum ibu (wanita) terutamanya dalam hal ehwal membesarkan anak-anak tanggungan mereka.

Untuk menghargai jasa besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor telah perkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).

Tunjua program ini adalah bagi mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).

MANFAAT KAD KISS 

  • Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
  • Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  • Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
  • Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
  • Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik
Kiss Selangor 2020

SENARAI BARANGAN YANG DILULUSKAN

  • ​Beras
  • Mi dan Bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan Garam
  • Rempah ratus
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Sayur-sayuran
  • Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  • Sabun dan bahan pencuci (detergent)
  • Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya
  • Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berdaftar sebagai pemohon BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun ; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
  • Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan

Cara Membuat Permohonan

  • Buat masa sekarang permohonan boleh dilakukan secara manual sahaja.
  • Secara manual : borang pendaftaran boleh di muat turun dari laman web www.kiss.com.my atau boleh diambil di :
  • Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  • Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli  Majlis
  • Pusat Wanita Berdaya

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak-Anak
  • Salinan Sijil Kematian/Surat Penceraian (Ibu Tunggal)
  • Slip Gaji/Akaun Penyata Pendapatan

Dah Selesai, serahkan kepada pejabat ADUN mengikut kawasan mengundi.