Suka ‘Angkat Tangan’, Tabiat Pelik Kucing Ini Mendapat Perhatian Ramai

Rupanya kucing pun ada tabiat pelik mereka sendiri

Kalau anda fikir binatang hanya bersifat dengan sifat semulajadinya, anda mungkin silap besar. Percaya atau tidak, haiwan juga mempunyai tabiat mereka yang tersendiri dan ada kalanya kelihatan pelik di mata kita.

Keys, kucing dari California ini mempunyai satu tabiat pelik. Keys suka mengangkat kedua kaki hadapannya ke atas. Posisi yang sama seperti anda mengangkat tangan ke udara. Perkara ini disedari oleh tuannya Peter Mares, yang secara kebetulannya terpandang dan kemudian terus mengambil gambar.

Keys kerap melakukan aksi yang sama setiap hari. Mungkin ia sudah pun menjadi tabiatnya, tetapi apa yang lebih misteri ialah tiada siapa pun tahu kenapa dia bertindak sebegitu.

Dibawah ini adalah koleksi gambar Keys dengan akis peliknya. Anda rasa apa yang Keys cuba lakukan sebenarnya?

Categories news