Kerusi Ini Diperbuat Daripada Rangka Vespa Lama Dan Hasilnya Sangat Mengagumkan

Inilah kerusi yang menjadi idaman dan kegilaan peminat Vespa di luar sana!

Rekabentuk kerusi ini mengagumkan bukan? Kerusi ini diperbuat daripada rangka-rangka Vespa lama, di rekabentuk oleh bel&bel, artis dari Bacelona ini berjaya menghasilkan satu bentuk produk yang menarik perhatian.

Kerusi ini bukan sahaja nampak cantik dan eksklusif, malah dilengkapi dengan ciri-ciri khas seperti lampu belakang,  ketinggian tempat duduk yang boleh diselaraskan dengan hidraulik dan mempunyai roda supaya anda boleh bergerak dengan lebih selesa.

Baca juga: Konsep Van “Jurasic Park” dari Mercedes

Kusyen pada kerusi ini diselaputi dengan kulit tiruan yang berkualiti tinggi. Kerusi ini terdapat dengan pelbagai corak dan bentuk yang berbeza, tetapi semuanya adalah terhad.

Salah satu daripada kerusi Vespa ini ada di pamerkan di Muzium Piaggo, Itali.

Fuh!!!

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment