21 Kelebihan Mempunyai Kucing Yang Menarik Untuk Anda Tahu

Inilah sebab kenapa mempunyai kucing itu sangat seronok

Sesetengah orang sangat gila dengan kucing, bagi mereka binatang berbulu ini sangat comel. Tapi tidak dinafikan, ada juga sesetengah daripada penduduk bumi tidak suka dengan kucing, dan lebih teruk fobia bila nampak kucing. Lucu juga mereka ni.

Kenapa kami kata menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan sangat seronok? Jom tengok kartun comel dibawah.

Kucing peneman ketika anda sakit

Kucing peneman ketika anda sakit

© Lingvistov

Menarik tentang kucing, haiwan ini sangat kenal dengan tuannya. Dan paling menarik, ketika tuannya sakit, kucinglah yang menjadi peneman sejati. Best  kan?

Kucing mengajar anda bagaimana melihat keindahan dunia

Kucing mengajar anda bagaimana melihat keindahan dunia

© Lingvistov

Biasanya kucing akan duduk tanpa berganjak sedikit pun ketika menghayati permandangan. Kucing mengajar anda bagaimana menghayati keindahan alam dengan betul. 

Lihat lah kebesaran tuhan mu, cewah!

Kucing boleh menjadi ‘Alarm’ terbaik

Kucing boleh menjadi 'Alarm' terbaik

© Lingvistov

Kenapa orang suka bela kucing? Sebab kucing selalu tolong kejutkan pagi-pagi dengan cara yang berkesan. Tak percaya? Bela kucing baru tahu.

Kucing mengajar anda bagaimana untuk belajar dengan bijak

Kucing mengajar anda bagaimana untuk belajar dengan bijak

© Lingvistov

Nak jadi bijak? Belajar dengan kucing, kucing akan ajar anda bagaimana cara belajar dengan lebih cekap dan bijak. Hahaha.

Kucing bagi anda hadiah.

Kucing bagi anda hadiah.

© Lingvistov

Teman lelaki / Teman wanita belum tentu lagi nak bagi anda hadiah, tapi kucing siap boleh bagi anda kejutan lagi. Bangun-bangun tidur dah ada depan mata. 

Bonus

Bonus

© Lingvistov

Bulu percuma. Nak buat pakaian daripada bulu kucing pun boleh. Tak percaya tengok sahaja pencinta-pencinta kucing, pasti ada melekat walaupun sedikit bulu kucing pada pakaian mereka.

Itu fesyen beb!

Kucing mengajar anda untuk memberontak!

Kucing mengajar anda untuk memberontak!

© Lingvistov

Secara positifnya, kucing mengajar anda cara memberontak dalam kehidupan. Memberontak dengan perkara-perkara yang tidak logik untuk hidup, serius betul!

Kucing boleh jadi alat senaman

Kucing boleh jadi alat senaman

© Lingvistov

Kucing ini sangat aktif, bermain dengan kucing adalah satu senaman yang sihat. Berpeluh beb!

Kucing bantal paling terbaik

Kucing bantal paling terbaik

© Lingvistov

Kucing boleh dijadikan bantal, dan yang paling seronok, bantal kucing ini terasa sedikit hangat. Seronok tidur dengan kucing.

Kucing tidak takut mencuba sesuatu yang baru

Kucing tidak takut mencuba sesuatu yang baru

© Lingvistov

Yang ini pun perkara menarik yang boleh anda belajar dengan kucing. Kucing tak pernah takut untuk cuba sesuatu yang baru. Bak kata pepatah kucing, belum cuba belum tahu.

Kucing ajar anda supaya jangan membuang masa

Kucing ajar anda kenapa masa itu sangat berharga.

Kucing tahu nilai sebuah ‘keselesaan’

Kucing tahu nilai sebuah 'keselesaan'

© Lingvistov

Selalu mengeluh dalam hidup? Belajar dari kucing, kadang-kadang bukan pentingkan diri sendiri, tetapi cuma mahu apa yang terbaik dalam hidup.

Kucing bijak dalam hal ini

Kucing bijak dalam hal ini

© Lingvistov

Kucing binatang yang bijak, kucing pandai simpan balik barang lepas main, anda?

Kucing akan mempersoalkan tentang fesyen anda

Kucing akan mempersoalkan tentang fesyen anda

© Lingvistov

Kucing perunding fesyen terbaik, kalau tak suka tu, memang tak suka lah. No komen!

Kucing memang bagus dalam teknologi

Kucing memang bagus dalam teknologi

© Lingvistov

Kucing binatang pertama yang berminat dengan teknologi  ‘Tanpa Wayar’.

Kucing mengajar anda untuk sayang diri sendiri

Kucing mengajar anda untuk sayang diri sendiri

© Lingvistov

Kucing percaya nasib menyebelahi mereka yang berani

Kucing percaya nasib menyebelahi mereka yang berani

© Lingvistov

Kucing tahu beza makanan apa yang bagus untuk kesihatan

Kucing tahu beza makanan apa yang bagus untuk kesihatan

© Lingvistov

Kucing pun pandai jaga kesihatan, bukan makan sebarangan.

Kucing tahu rahsia cinta

Kucing tahu rahsia cinta

© Lingvistov

Yang ini encik Forever Alone  boleh belajar dari kucing.

Kucing juga boleh bertukar menjadi topi yang hebat

Kucing juga boleh bertukar menjadi topi yang hebat

© Lingvistov

Kucing buat anda berfikir dengan lebih mendalam! Serius…

Kucing buat anda berfikir dengan lebih mendalam! Serius...

© Lingvistov

Macam mana dengan 21 alasan ini? Kalau anda juga suka dengan kucing, jangan lupa klik button ‘menarik’ dibawah. Semoga ceria selalu!! Meoow.

Kartun disediakan oleh: Lingvistov

Baca juga: 15 Perubahan Teknologi Yang Memberi Kesan Terhadap Kucing

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of