Arca Lego Bernilai RM62 Ribu Dipecahkan Sejam Selepas Waktu Pembukaan

Kanak-kanak secara tidak sengaja menolak pecah arca Lego bersaiz manusia.

© Weibo

Perwatakkan yang ada pada kanak-kanak memang comel, tapi kadang-kadang mereka boleh bertukar menjadi sangat menakutkan. Itulah yang berlaku di pameran Lego di Ningbo, Zhejiang China baru-baru ini.

Zhao, artis Lego ini kecewa selepas patung Lego rekaannya dipecahkan secara tidak sengaja oleh seorang kanak-kanak yang berkunjung ke situ. Lebih menyedihkan, arca Lego beliau dipecahkan sejam selepas waktu pembukaan pada hari pertama pameran dibuka.

Patung Lego Nick (watak didalam animasi Zootopia) bersaiz manusia itu mengambil masa selama 3 hari untuk disiapkan. Menurut beliau, dia telah menghabiskan wang sebanyak 100,000 yuan bersamaan RM62 Ribu untuk membina arca tersebut.

Mungkin nasib tidak menyebelahi Zhao, tapi artis Lego ini masih berbaik hati untuk menolak wang pampasan yang ditawarkan. Menurutnya, anak kecil itu tidak bermaksud untuk menghancurkan karya Lego beliau.

Wah, mulia sungguh hati Mr Zhao ini ya!

Baca juga: Menara ‘Eiffel Tower’ Diperbuat Daripada Kepingan Lego Setinggi 7 kaki

© Weibo

© Weibo

© Weibo

Sumber: Mashable

Categories news