Dipenuhi Dengan Pasangan Kembar, Ini Mungkin Perkampungan Paling Unik Di Dunia

Kampung dengan bilangan pasangan kembar paling ramai di dunia.

Bagi kami setiap pasangan kembar itu sangat istimewa, mereka mempunyai aura dan tarikkan tersendiri yang tidak ada pada orang lain!, Jika anda juga di antara orang yang tergolong dalam pasangan kembar, kami ada berita menarik untuk anda.

Di China, terdapat satu perkampungan di daerah Jiangjin Chongqing yang juga dikenali dengan nama perkampungan Qingyang . Yang menariknya terdapat banyak pasangan kembar tinggal disini.

Kampung ini didiami sebanyak 367 keluarga dan 39 daripadanya adalah pasangan kembar. Wow! Kami kira ini satu jumlah pasangan kembar yang cukup banyak tinggal dalam satu perkampungan.

via: Chinanews.com

Categories news