Kamera Kompak Untuk Peminat Vespa

Kamera Vespa

Vespa, jenama motosikal yang terkenal dengan rekabentuk klasik dan unik ini memang mempunyai aura mereka tersendiri. Boleh dikatakan hampir di seluruh dunia sangat kenal dengan jenama Vespa ini.

Tidak hairanlah kenapa begitu banyak produk yang diinspirasikan dari jenama ini. Mempunyai kelab peminat gergasi, ini sesuatu yang sangat dibanggakan. Cerita tentang Vespa, pernah tak anda bayangkan bagaimana jika Vespa mengeluarkan kamera kompak mereka sendiri?

Baca: Vespa Lama Dan Hasilnya Sangat Mengagumkan

Pereka Rotimi Solola dan Cait Miklasz, cuba membuat andaian bagaimana rekabentuk kamera jika Vespa benar-benar mengeluarkan kamera digital versi mereka sendiri.

Mengikut ilustrasi yang dihasilkan, kamera ini tetap mengekalkan ciri-ciri retro yang sedia ada. Selain dari rekabentuk yang menarik, kamera ini juga dilengkapi dengan fungsi asas kamera seperti skrin, flash, lensa yang boleh di zoom, semuanya dalam saiz poket!

Kami sendiri pun tidak sabar untuk tunggu kamera ini keluar dipasaran.

Maklumat lanjut: Slim Design Co

via: slmdesignco.com

via: slmdesignco.com

via: slmdesignco.com

via: slmdesignco.com

via: slmdesignco.com

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of