Jawatan Kosong UTM 2020 Universiti Teknologi Malaysia (Cara Mohon)

Ini adalah perkongsian cara mohon iklan jawatan kosong Utm bagi tahun 2020, berminat untuk memohon kerja kosong ini boleh ikuti cara yang kami tunjukan ini.

Kerja Kosong 2020 UTM

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM), untuk kali ini ums menerusi laman sesawang pencari kerjanya SumberManusiaUTM mengeluarkan hebahan iklan jawatan kosong untuk tahun 2020 ,tawaran ini dibuka kepada anda yang mempunyai kreteria-kreteria yang ditetapkan untuk memohon megikut kumpulan jawatan yang dikeluarkan.

Senarai Jawatan Yang Kosong

  • PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (NA19)
  • PEMBANTU PUSTAKAWAN (SA19)

Syarat Permohonan

  • Untuk membuat semakan syarat anda hanya perlu ketik pautan di sebelah kiri sekali semasa membuat semakan jawatan seperti rajah dibawah.

Cara Mohon

  • Permohonan hanya melalui laman sesawang SumberManusiaUTM sahaja, kalau dari lain-lain sesawang hati2 mungkin “tipu”
  • Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat semasa permohonan di atas talian termasuk GAMBAR calon melalui laman web UTM.
  • Bayaran RM20.00 dikenakan bagi satu (1) jawatan. Sila simpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.
  • Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.
  • Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
  • Salinan Sijil-sijil Akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan hendaklah diserahkan dua (2) minggu sebelum temu duga.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • Pemohon yang menggunakan kelulusan Peperiksaan Khas, sila memohon secara manual. 
  • Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada Bahagian Pendaftar (Perjawatan), Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur.
  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan diberikan keutamaan.
  • PEROKOK ADALAH TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Januari 2020

Rujukan

Disclaimers : Artikel ini ditulis sebelum tarikh tutup permohonan, kalau dah melepasi tarikh tutup jangan sesekali “share” takut berlaku kekeliruan. Portal ini hanya sekadar berkongsi hebahan iklan sahaja, bukan mohon melalui website ini, tq.

Leave a Reply