Jawatan Kosong MPK 2019 Majlis Perbandaran Kangar Perlis

Ini adalah perkongsian cara mohon dan semak iklan jawatan kosong MPK Kangar bagi tahun 2019, berminat untuk memohon kerja kosong ini boleh ikuti cara yang kami tunjukan ini.

Kerja Kosong 2019 MPk (Kangar)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar (MPK), untuk kali ini mpk menerusi laman sesawang pencari kerjanya mpkangar.gov.my telah mengeluarkan hebahan iklan jawatan kosong untuk tahun 2019 ,tawaran ini dibuka kepada anda yang mempunyai kreteria-kreteria yang ditetapkan untuk memohon megikut kumpulan jawatan yang dikeluarkan.

Kekosongan Jawatan

Berikut adalah senarai kekosongan jawatan yang anda buat masa ini[1]

  • 1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
    2. PEMBANTU KESIHATAN AWAM
    3. JURUTEKNIK KOMPUTER
    4. PEMBANTU AWAM
    5. PEMANDU KENDERAAN

Syarat Lantikan

  • Syarat permohonan bagi setiap jawatan adalah berlainan, boleh rujuk (.pdf) ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan syarat penuh.

Cara Mohon

  • Iklan kekosongan jawatan ini boleh dilihat dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar dengan melayari www.mpkangar.gov.my
  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS – 12 – R1 yang
    boleh didapatkan dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dan
    semua permohonan jawatan perlu disertakan resume bersama salinan
    Sijil/dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
    • Kad Pengenalan ( depan dan belakang ),
    • Sijil Kelahiran,
    • Sijil Berhenti Sekolah,
    • Sijil-sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Diploma/Ijazah atau
      kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang
      berkaitan),
    • Sijil Kegiatan Luar (jika ada),
    • Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas
      berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
  • Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (Asal) semasa
    menghadiri temuduga tersebut.
  • Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan yang memohon dikehendaki memaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan Pegawai-Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Bahagian III, Peraturan 18 serta mengemukakan secara berasingan ke pentadbiran Majlis dokumen-dokumen yang diakui sah oleh Ketua Jabatan seperti berikut
    • Surat Pengesahan Ketua Jabatan,
    • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini,
    • Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini,
    • Salinan surat kelulusan perisytiharan harta, dan
    • Salinan penyata gaji yang terkini
  • Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Majlis
    Perbandaran Kangar, Perlis hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan
    masing-masing.

MAKLUMAT AM

  • Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya :
    • Tidak menyertakan salinan dokumen/Sijil yang disyaratkan ;
    • Menyertakan salinan dokumen/Sijil yang tidak dibuat
      pengesahan;
    • Borang permohonan tidak diisi dengan lengkap dan tulisan tidak
      terang / jelas;
    • Memohon jawatan yang tidak diiklankan;
    • Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam
      iklan;
    • Borang permohonan tidak ditandatangani;
  • Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan; dan
  • Borang permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan
  • Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.
  • Segala perbelanjaan berhubung permohonan ini dan bagi menghadiri temuduga
    sekiranya dipilih untuk peringkat tersebut tidak akan ditanggung oleh Majlis
    Perbandaran Kangar, Perlis.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan
    dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

ALAMAT PERMOHONAN

  • Permohonan yang lengkap diisi beserta salinan/dokumen yang telah disahkan
    hendaklah dialamat dan disampaikan kepada :
    YANG DIPERTUA,
    MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS,
    NO. 192, PERSIARAN JUBLI EMAS,
    01000 KANGAR,
    PERLIS.
    (u.p : Jabatan Khidmat Pengurusan)
  • Sila tuliskan ’nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi
    permohonan jawatan yang dikemukakan.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup iklan adalah 15 Julai 2019

Rujukan

  1. ˄ Portal Rasmi (MPK KANGAR)

Disclaimers : Artikel ini ditulis sebelum tarikh tutup permohonan, kalau dah melepasi tarikh tutup jangan sesekali “share” takut berlaku kekeliruan. Portal ini hanya sekadar berkongsi hebahan iklan sahaja, bukan mohon melalui website ini, tq.

Share² lah yerr..

Leave a Comment