Jawatan Kosong MBSA 2019 Majlis Bandaraya Shah Alam (Cara Mohon)

Ini adalah perkongsian cara mohon iklan jawatan kosong mbsa bagi tahun 2019, berminat untuk memohon kerja kosong ini boleh ikuti cara yang kami tunjukan ini.

Kerja Jawatan Kosong MBSA 2019

Jawatan kosong mbsa 2019
jawatan kosong mbsa 2019

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), saban tahun mbsa akan mengumukan tawaran kerja di laman sesawang rasmi mereka mbsa.gov.my, untuk tahun 2019 ini sekali lagi mbsa membuka tawaran kepada Warganegara Malaysia (Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan). dan yang berkelayakan dengan bidang yang dibuka untuk memohon jawatan tersebut.

Senarai Jawatan Yang Kosong

Syarat Permohonan

  • SYARAT PERMOHONAN MBSA TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
    • Bagi mana-mana pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
  • Syarat Umum
  1. ​Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;
  3. Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan
  4. Rujukan syarat dan gaji secara detail rujuk (maklumat penuh)

Cara Mohon

  1. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan
  2. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga
  3. Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;
  4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  5. Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.
  6. Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Seksyen Sumber Manusia,

Majlis Bandaraya Shah Alam,

Tingkat 26, Wisma MBSA, Peti Surat 7200,

40706 Shah Alam, Selangor

Tarikh Tutup

  • Tarikh iklan dikeluarkan :  : 18 Jun 2019
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada : 02 Julai 2019

Rujukan

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of