Jawatan Kosong Mardi 2019 Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian (Cara Mohon)

Ini adalah perkongsian cara mohon dan semak iklan jawatan kosong mardi 2019 terkini, berminat untuk memohon kerja kosong ini boleh ikuti cara yang kami tunjukan ini.

Pengenalan Kerja Kosong Mardi

Jawatan Kosong Mardi 2019

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), untuk tahun ini apa yang kami dapati berkaitan dengan mardi jawatan kosong ini, apa-apa berkaitan jawatan kosong di agensi itu boleh dimohon melalui laman sesawang rasmi mereka iaitu ejawatan.mardi.gov.my dimana pada bahagian bawah akan dilampirkan iklan hebahan iklan jika ada kekosongan

Mardi atau singakat dari Malaysian Agricultural Research and Decelopment Institute merupakan badan berkanun kerajaan diamana ianya dipertanggungjawabkan untuk menjalankan penyelidikkan berkaitan pertanian, teknik-teknik baru dan banyak lagi.[1]

Cara Mohon Jawatan Kosong Mardi 2019

Berikut adalah step dan cara nak cari dan dapatkan kerja kosong Mardi.[2]

Proses Permohonan Yang Perlu Anda Lakukan di Mardi Ejawatan

5 Fasa yang perlu anda lakukan iaitu Daftar, Log Masuk, Lengkapkan Maklumat, Mohon Jawatan, Semak Jawatan.

Muka Hadapan Laman Career MARDI

  1. Klik Jawatan Kosong untuk memaparkan senarai jawatan yang dibuka.
  2. Klik Daftar Di Sini untuk pengguna baru mendaftar.
  3. Klik Bantuan untuk sebarang pertanyaan permohonan atau sistem kepada urusetia aplikasi eJawatan.

Daftar Mardi E-jawatan

  • Ini merupakan paparan jika anda sebagai pengguna baru di mardi ejawatan ini, wajib daftar terlebih dahulu seblum membuat sebarang log masuk bagi tujuan permohonan jawatan.

Paparan Dalaman Setelah Login

  1. Klik Utama untuk laman utama sistem mardi ejawatan.
  2. Klik Sejarah Permohonan untuk melihat senarai jawatan yang telah dipohon.
  3. Klik Jawatan Baru untuk memohon jawatan.
  4. Klik Tukar Kata Laluan untuk membuat penukaran kata laluan.

Bahagian Permohonan Jawatan

  • Klik Menu Jawatan Baru, pilih jawatan yang dimohon dengan klik ikon di Pohon Jawatan
  • Klik Pohon untuk memohon jawatan.
  • Klik Batal untuk kembali ke senarai jawatan kosong.
  • Jika tiada butang Pohon, sila pastikan gambar telah dimuat naik mengikut jenis dan saiz yang ditetapkan.
  • Apabila selesai memilih jawatan, pemohon dikehendaki mengisi 14 jenis maklumat yang berkaitan dengan diri

Paparan 14 Jenis Maklumat Kerja Kosong Mardi

Maklumat yang bertanda (*) merupakan maklumat yang wajib diisi terlebih dahulu.

Dahulunya hanya ada 13 sahaja, sekarang telah ditambahbaikan Sijil/Perakuan Kebolehan & Kekompetenan telah ditambah.

  • 14 Maklumat yang diperlukan perlu di lengkapkan seperti berikut :
    1. Maklumat Peribadi untuk mengisi semua butir-butir peribadi.
    2. Akademik Rendah untuk mengisi kelulusan sekolah & keputusan peperiksaan.
    3. Akademik Tinggi untuk mengisi kelulusan pengajian tinggi.
    4. Sijil Profesional untuk mengisi sijil-sijil profesional yang diperolehi.
    5. Sijil /Perakuan kebolehan & Kekompetenan yang anda ada.
    6. KPSL untuk mengisi maklumat peperiksaan skim KPSL.
    7. Pengalaman untuk mengisi pekerjaan sekarang dan pengalaman/pekerjaan terdahulu.
    8. Kemahiran untuk mengisi kebolehan seperti menaip atau trengkas.
    9. Bahasa untuk mengisi kebolehan bahasa. Bagi Bahasa Malaysia dan Inggeris di wajibkan diisi.
    10. Kegiatan Luar untuk mengisi kegiatan kokurikulum dan khidmat masyarakat serta kursus / seminar / bengkel yang dihadiri
    11. Pencapaian untuk mengisi maklumat pencapaian yang diperolehi.
    12. Visi Anda untuk mengisi maklumat visi individu.
    13. Rujukan untuk mengisi dua individu yang mengenali diri pemohon.
    14. Lampiran untuk memuat naik sijil-sijil seperti akademik rendah, akademik tinggi dan KPSL.
      • Resume Lengkap untuk melihat keseluruhan maklumat yang telah diisi.

PERINGATAN PENTING DARI MARDI JAWATAN KOSONG !

  • Permohonan hanya dapat dibuat sekiranya gambar telah dimuat naik.
  • Pemohon perlu menekan butang Pohon dan notifikasi emel bertajuk ‘Permohonan bagi jawatan akan dihantar ke emel pemohon.
  • Pemohon perlu pastikan semua maklumat yang diperlukan telah dikemaskini.
  • Penyemakan status permohonan terkini boleh diperolehi dari menu Sejarah Permohonan.
  • Klik Logout untuk keluar dari aplikasi.

Rujukan Jawatan Kosong Mardi 2019

  1. ˄ Mengenai Mardi (Wikipedia)
  2. ˄ Portal Kerja Mardi (e-Jawatan)

Disclaimers : Artikel ini ditulis untuk berkongsi bagaimana cara sebenar untuk mohon jawatan di “MARDI” kami bukan portal pengambilan atau rasmi, sekadar perkongsian. tq

Share² lah yerr..