Jawatan Kosong Kerajaan 2019 Terkini (Informasi & Cara Mohon)

Ini adalah perkongsian bagaimana nak buat permohonan jawatan kosong kerajaan bagi tahun 2019 dengan mengikut saluran yang betul untuk anda yang (newbie).

Kerja Kosong Kerajaan

Jawatan Kosong Kerajaan

Jawatan Kosong Kerajaan setiap tahun dan bulan pasti ada, cuma banyak atau sedikit bergantung kepada keperluan kerajaan untuk memenuhi kuota perkhidmatan awam.

Kalau Di SPA Jawatan-Jawatan Kerajaan terbagai kepada 7 Kelayakan iaitu :

  • Ijazah/Sarjana/PHD
  • Diploma/STP/STPM/STAM/HSC
  • SPM/SVM/SKM/Sijil
  • PMR/PT3
  • Kelayakan Bakat
  • Latihan Separa Perubatan
  • Suruhanjaya Pasukan Polis

Bagi pemohon baru (newbie) yang baru nak mohon jawatan-jawatan di sektor kerajaan anda hanya perlu peka tentang iklan-iklan terkini permohonan spa yang dikeluarkan oleh laman web spa.gov.my sahaja, dan apa yang penting daftar dan submit butir-butir tentang diri anda dahulu, tak tahu boleh rujuk (cara isi permohonan SPA) untuk kemudahan anda kelak.[1]

Kerja Kosong seperti di Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antara yang “hot” bila ada tawaran.

Bagi jawatan pula seperti PTD Pegawai Tadbir Diplomatik, Separa Perubatan antara yang mendapat sambutan.

Kerja Kosong Kerajaan 2019 (Berkanun)

Kerja di sektor kerajaan tidak semestinya hanya di SPA sahaja, sektor berkanun kerajaan juga sama juga manfaatnya tetap dalam ketegori kerja kerajaan juga, cuma sektor-sektor berkanun ni ada juga di iklankan di laman sesawang jobsmalaysia.gov.my, kalau belum daftar boleh rujuk sini (cara daftar jobsmalaysia), atau laman sesawang “official” mereka sendiri.[2]

Apa itu Berkanun ?

Badan-badan berkanun merupakan sebuah agensi separa kerajaan yang ditubuhkan di bawah peruntukan sesebuah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri. Menurut data.gov.my terdapat 132 agensi badan berkanun dikemsikini pada 26 november 2018.[3]

Antara Jawatan Kosong Kerajaan (Berkanun) adalah seperti :

  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Lembaga Tabung Haji (TH)
  • Universiti Teknologi Mara (UTIM)
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Lembaga Getah Malaysia (LGM

Dan banyak lagi di Senarai Badan Berkanun Kerajaan.

Itu saja serba sedikit ringkasan berkaitan jawatan kosong kerajaan yang boleh anda mohon jika terdapat kekosongan.

Take Note : Jawatan-jawatan kerajaan hanya boleh diisi melalui SPA, Jobsmalaysia, atau laman-laman rasmi kementerian/jabatan yang beralamat url (gov.my) lain daripada itu seperti di laman sosial atau sebagainya berhati-hatilah.

Rujukan :

  1. ˄ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
  2. ˄ JobsMalaysia (Government)
  3. ˄ Statistik Negara (Government)
Share² lah yerr..