Jawatan Kosong JKR 2019 Jabatan Kerja Raya

Ini adalah perkongsian cara mohon dan semak iklan jawatan kosong jkr bagi tahun 2019, berminat untuk memohon kerja kosong ini boleh ikuti cara yang kami tunjukan ini.

Kerja Kosong 2019 JKR

Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR), untuk kali ini jkr menerusi laman sesawang beritanya JKR (GOV) telah mengeluarkan hebahan iklan jawatan kosong sebagai pemangku jawatan di jabatan itu untuk tahun 2019 ini. Sekali lagi tawaran ini dipelawa kepada anda yang mempunyai kreteria-kreteria yang ditetapkan serta telah berkhidmat dalam KKR atau JKR.

JKR merupakan agensi kerajaan dibawah Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), ia dibertanggungjawabkan untuk membina dan mejaga ingrastruktur awam yang berada di Malaysia ini antaranya seperi laluan persekutuan, bangunan kerajaan, jambatan, laluan negeri, sekolah awam, dan banyak lagi.[1]

Kekosongan Jawatan

  • Penolong Jurutera Elektrik Gred JA36[2]
  • 11 Kekosongan untu disisi

Syarat Lantikan

Calon-calon mestilah sedang berkhidmat di Kementerian Kerja Raya KKR atau jabatan Kerja Raya JKR ( Lantikan Persekutuan termasuk pegawai yang mengisi jawatan kader atau dipinjamkan ke agensi lain) dan memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

  • Memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan
  • Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 80% ke atas bagi 3 tahun terakhir
  • Deperakukan oleh Ketua Jabatan Pegawai Adalah Dilantik Pada 31 Disember 2014 dan sebelum
  • Bebas dari hukuman tatatertib
  • Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa
  • Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
  • Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan
  • Bersetuju untuk betukar apabila diber pemangkuan atau kenaikan pangkat. (penolakan pemangkuan kerana tidak sanggup bertukar boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4(3) (i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan dengan mengisi borang KKR/BPSM/PM[3] (salinan fotostat borang diterima) dengan menyertakan dokumen-dokumen yang disahkan oleh Ketua Jabatan iaitu :
    • Sesalinan Penyata Perkhidmatan (termasuk penyata cuti) yang dikemaskini sehingga terkini dan sidahkan
    • Sesalinan Kelulusan Perisythiharan Harta yang terkini (yang masih berkuatkuasa dalam tempoh 5 tahun)
    • Sesalinan setiap satu Laporan Nilaian Prestasi Tahunan untuk tiga (3) tahun terkini (tahun 2016,2017, dan 2018)
    • Surat Akuan Pinjaman Pendidikan
    • Salinan Surat Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Permohonan Yang Tidak Dipertimbangkan

Permohonan yang diterima seperti berikut TIDAK DIPERTIMBANGKAN :

  • Tidak menggunakan Borang KKR/BPSM/PM
  • Tidak mematuhi syara-syarat yang ditetapkan
  • Tidak menyertakan salinan dokumen yang diperlukan
  • Tidak mengemukakan maklumat yang lengkap dan jelas
  • Salinan dokumen yang diperlukan tidak disahkan
  • Buku Perkhidmatan yang tidak dikemaskini
  • Tidak dikemukakan melaluti Ketua Jabatan
  • Diterima Selepas tarikh tutup iklan

Hantar Kepada

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat seperti berikut

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

TINGKAT 14, BLOK B, KOMPLEKS KERJA RAYA

JALAN SULTAN SALAHUDDIN

50580 KUALA LUMPUR

(up: Cawangan Pengurusan Prestasi dan Kemajuan Kerjaya)

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup : Tarikh tutup permohonan 24 Jun 2019

Rujukan

  1. ˄ Mengenai JKR (Wikipedia)
  2. ˄ Hebahan Iklan Pemangkuan Jawatan (JKR GOV)
  3. ˄ Borang (KKR/BPSM/PM)

Disclaimers : Artikel ini ditulis sebelum tarikh tutup permohonan, kalau dah melepasi tarikh tutup jangan sesekali “share” takut berlaku kekeliruan. Portal ini hanya sekadar berkongsi hebahan iklan sahaja, bukan mohon melalui website ini, tq.

Share² lah yerr..