Jawatan Kosong Pejabat Menteri Besar Johor 2019 (Informative)

Ini adalah perkongsian cara mohon iklan jawatan kosong pejabat menteri besar johor 2019, berminat untuk memohon kerja kosong ini boleh ikuti cara yang kami tunjukan ini.

Jawatan Kosong Pejabat Menteri Besar Johor

Jawatan Kosong Pejabat Menteri Besar Johor

Jawatan Kosong Pejabat Menteri Besar Johor, untuk kali ini MBJ menerusi laman sesawang rasmi kerajaan negeri Johor Johor (GOV) telah mengeluarkan hebahan iklan jawatan kosong di pejabat tersebut untuk tahun 2019 ,tawaran ini dibuka kepada anda yang mempunyai kreteria-kreteria yang ditetapkan untuk memohon mengikut kumpulan jawatan yang dikeluarkan.

Mohon Juga : Jawatan Kosong LPPKN Terkini

Kekosongan Jawatan

Berikut adalah senarai kekosongan jawatan yang anda buat masa ini

  • Pegawai Berita S41
  • Jurufotografi (Jurukamera) B29

Syarat Permohonan

Syarat lantikan untuk setiap jawatan adalah berlainan, untuk melihat semua syarat bagi jawatan diatas boleh rujuk (Maklumat Jawatan)

Cara Membuat Permohonan

  • Permohonan perlulah dibuat dengan menggunakan Borang MBJ.01 yang boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau dimuat turun daripada laman web rasmi Kerajaan Negeri Johor di https://www.johor.gov.my atau ketik je ni Borang MBJ.01
  • Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan dokumen-dokumen seperti berikut : –
    • (i) Sijil Kelahiran
    • (ii) Kad Pengenalan
    • (iii) Sijil berhenti sekolah
    • (iv) Lain-lain sijil/Diploma/Ijazah/surat akuan berkaitan.
  • Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui salinan sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan B /Penghulu, Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
  • Pegawai – pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat – syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan – pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa
  • Jika anda dari kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peruntukan Perintah Am Bab A21 dengan menyertakan kenyataan perkhidmatan yang kemas kini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.
  • Borang permohonan jawatan kosong pejabat menteri besar johor yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :-
PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR,  
ARAS 4, BANGUNAN DATO JAAFAR MUHAMMAD,
KOTA ISKANDAR,
79502 ISKANDAR PUTERI,
JOHOR BAHRU

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan 31 julai 2019

Rujukan :

  1. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor

Disclaimers : Artikel ini ditulis sebelum tarikh tutup permohonan, kalau dah melepasi tarikh tutup jangan sesekali “share” takut berlaku kekeliruan. Portal ini hanya sekadar berkongsi hebahan iklan sahaja, bukan mohon melalui website ini, tq.

Share² lah yerr..

Leave a Comment