Intipati Belanjawan 2020 Malaysia (Ringkasan Bajet Kemakmuran Bersama)

Ini adalah intipati ringkasan belanjawan 2020 malaysia atau bajet yang telah di umukan oleh yab menteri kewangan malaysia

Belanjawan 2020 atau BAJET 2020 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan baru sahaja dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang, hari Jumaat bersamaan 11 Oktober 2019

Tema Belanjawan 2020

MEMACU PERTUMBUHAN DAN KEBERHASILAN SAKSAMA KE ARAH KEMAKMURAN BERSAMA

Peruntukan Terperinci

Peruntukan Belanjawan 2020RM297 Billion*
Perbelanjaan MengurusRM241 Billion
Perbelanjaan PembangunanRM56 Billion
*Tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM 2 Bilion

Teras Belanjawan 2020

Senarai 4 Teras dan 15 Strategi yang bakal dilaksanakan

TERAS PERTAMA : Memacu Pertumbuhan Ekonomi dalam Ekonomi Baharu dan Era Digital
Strategi 1: Menjadikan Malaysia sebagai Pilihan Utama Destinasi Pelaburan
Strategi 2: Mempercepat Ekonomi Digital
Strategi 3: Memperkukuh Akses kepada Pembiayaan Perniagaan
Strategi 4: Mengukuhkan Kepelbagaian Ekonomi
TERAS KEDUA: PELABURAN KE ATAS RAKYAT: MENINGKATKAN KEUPAYAAN MODAL INSAN
Strategi 5: Meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia
Strategi 6: Memodenkan Pasaran Buruh
Strategi 7: Pelaburan dalam Pendidikan dan Bakat
TERAS KETIGA : MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERSATU, INKLUSIF DAN SAKSAMA
Strategi 8: Pembangunan Inklusif – Peruntukan RM10.9 bilion pembangunan luar bandar
Strategi 9: Ke Arah Perkhidmatan Kesihatan Yang Lebih Baik
Strategi 10: Meningkatkan Ekosistem Pengangkutan
Strategi 11: Meningkatkan akses kepada perumahan
Strategi 12: Perpaduan melalui Sukan
Strategi 13: Mempromosikan Kelestarian Alam Sekitar
TERAS KEEMPAT: MEMULIHKAN INSTITUSI DAN KEWANGAN KERAJAAN
Strategi 14 : Komitmen Terhadap Konsolidasi Fiskal
Strategi 15: Memperkukuh Institusi, Tadbir Urus dan Integriti

Dari Mana Datangnyannya Wang Belanjawan 2020

Kemana Dibelanjakan Wang Belanjawan 2020

  • Emolumen 27.8%
  • Caj Hutang 11.8
  • Caj Persaraan 9.1%

Dibawah ini pula pengagihan belanjawan mengikut sektor

TERAS PERTAMA : MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI DALAM EKONOMI BAHARU DAN ERA DIGITAL

  • Dalam Teras Pertama (1) ada tiga (3) Strategi yang akan dilaksanakan

Strategi 1: Menjadikan Malaysia sebagai Pilihan Utama Destinasi Pelaburan

Foreign Direct Investment (Meningkat)

  • FDI meningkat 47% kepada RM80.1 bilion pada 2018 berbanding dengan RM54.4 bilion pada 2017.

Penubuhan Jawatan Kuasa (NCI)

  • Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa >>Nasional Mengenai Pelaburan (NCI),
  • Telah dipengerusikan oleh Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pekej Galakan Pelaburan (Syarikat Luar)

  • Peruntukan RM1 Bilion setahun (untuk tempoh 5 tahun)
  • Menarik Syarikat Fortune 500 dan Global Unicorns bagi sektor berteknologi tinggi, pembuatan, kreatif dan ekonomi baharu

Pekej Galakan Pelaburan (Syarikat Tempatan)

  • Peruntukan RM1 Bilion setahun (Untuk tempoh 5 tahun)
  • Syarikat tempatan yang berupaya tembus pasaran dunia

Peruntukan Tambahan Berkaitan Pelaburan Kepada MITI

  • Peruntukan tambahan RM10 juta kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
  • Untuk tingkatkan pemantauan serta memastikan pelaburan direalisasikan selepas diluluskan.

Pemabangunan Pulai Carey

  • Peruntukan 50 Juta bagi pembaikan dan selengara jalan raya ke Pelabuhan Klang
  • Kajian kebolehlaksanaan untuk pembangunan Pulau Carey bagi fasa pertumbuhan sekaligus jadikan Pelabuhan Klang pusat maritim serantau dan hab logistik kargo.

Pembangunan Hab Logistik (SBEZ)

  • Pengukuhan hubungan perdagangan diantara Thailand melalui pembangunan hab logistik di kawasan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam seluas 100 ekar.
  • Peruntukan 50 Juta untuk tujuan menggalakan projek kerjasama awam-swasta

Peruntukan Aktiviti Dibawah Koridor

  • Peruntukan sebanyak 1.1 bilion oleh Kerajaan
  • 50 Juta untuk pembangunan Taman Industri Lembah Chuping Perlis oleh NCIA
  • 69.5 Juta untuk projek pelabuhan kuantan ECERDC
  • RM42 Juta membina Pusat Rawatan Kumbahan Sungai Segget Johor oleh IRDA
  • RM55 Juta untuk infra taman industri samalaju Sarawak oleh RECODA
  • RM20 Juta untuk presint Industri Agro Sabah oleh SEDIA

Strategi 2: Mempercepat Ekonomi Digital

Membina Infrastruktur Digital

  • Standard Mandatori berkaitan Harga Capaian (MSAP) jalur lebar berjaya dikurangkan sebanyak 49% dan mempercepatkan kelajuan jalur lebar 3x ganda.
  • Bagi pembentukan Digital Malaysia menerusi pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) Kerajaan akan membangunkan infrastruktur yang diperlukan sepanjang tempoh 5 tahun.
  • Peruntukan RM250 Juta melalui SKMM bagi menyediakan jalur lebar (Internet) menerusi teknologi satelit bagi kawasan pendalaman Malalyasia terutama di Sabah & Sarawak.
  • Peruntukan RM210 juta bagi mempercepatkan infrastruktur digital di bangunan awam terutamanya sekolah dan kawasan berimpak tinggi.

Membina Aplikasi Digital

  • Peruntukan berupa Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta bagi menghadapi gelombang perubahan 5G di seluruh dunia.
  • Peruntukan Dana geran padanan secara bidaan RM25 juta bagi menggalakkan lagi projek perintis aplikasi digital yang memanfaatkan infrastruktur gentian optik dan 5G
  • Peruntukan RM20 juta kepada MDEC bagi memupuk jaguh tempatan dalam menghasilkan kandungan digital seperti e-Permainan, Animasi dan Seni Digital

Membangunkan Syarikat Digital

  • Peruntukan Geran padanan RM500 juta dengan jumlah 50%  berjumlah sehingga RM5 ribu untuk melanggan sisitem perkhidmatan tersebut dalam meningkatkan pendigitalan operasi syarikat kecil dan sederhana Malaysia. Terhad kepada 100 ribu permohonan sahaja
  • Peruntukan geran padanan automasi pintar RM550 Juta terhadad (hingga RM2juta/syarikat) untuk 1000 syarikat pembuatan (automated) serta 1000 syarikat yang perlukan perkhidmatan mengautomasikan sistem proses perniagaan
  • Peruntukan Kepada MDEC sebanyak RM70 Juta untuk menubuhkan 14 Pusat Peningkatan Digital Sehenti di setiap negeri untuk mudahkan pembiayaan dan pembangunan kapasiti perniagaan. (tambahan kepada 100 Go Digital)
  • Peruntukan kepada Cradle Fund sebanyak RM20 Juta bagi melatih (Coach and Grow Programme) serta memberi geran kepada usahawan teknologi yang berimpak tinggi.

Membina Masyarakat Digital

  • Bagi sektor swasta yang memberi sumbangan dalam aktiviti Tanggungjawab Sosial Digital (DSR) akan diberi potongan cukai
  • Peruntukan sebanyak RM10 juta menerusi MDEC untuk melatih usahawan mikro-digital dan pakar teknologi bagi memanfaatkan e-Marketplaces dan platform media sosial.
  • Dibawah Belanjawan KBS 2020 kerajaan mengiktiraf potensi tinggi e-Sukan,  peruntukan sebanyak RM20 juta bagi pemabangunan e-Sukan.
  • Peruntukan sebanyak RM450 juta bagi rangsangan digital secara one-off dengan nilai sebanyak RM30 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas serta pendapatan tahunan kurang daripada RM100ribu.
  • Inisiatif ini Boleh ditebus melalui e-Dompet dan digunakan bermula 1 Januari 2020 hingga 29 Februari 2020.

Strategi 3: Memperkukuh Akses kepada Pembiayaan Perniagaan

Pembiayaan & Perniagaan

  • Penambahbaikan bagi Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan (SJPP) melalui peningkatan jaminan Kerajaan ke 80% dengan pengurangan yuran jaminan 0.75%serta jaminan sebanyak RM500 Juta bagi usahawan wanita.
  • Dana baru dari SME bank untuk usahawan
    • Peruntukan RM200 juta khusus untuk usahawan wanita (tawaran pembiayaan 1 juta setiap PKS)
    • Peruntukan RM300 juta untuk menyokong PKS yang ada potensi kearah menjadi jaguh serantau (Tawaran jaminanan RM500 juta khusus untuk usahawan wanita melalui SJPP.)
  • Peruntukan sebanyak RM10 juta bagi tumpuan kepada khidmat nasihat dan kesedaran industri halal oleh Kementerian Pembangunan Usahawan.
  • Peruntukan bagi menaikan Siling Geran Pembangunan Pasaran (MDG) oleh MATRADE kepada RM300 ribu. Siling bagi penyertaan untuk pameran eksport turut ditingkatkan kepada RM25 ribu. RM50 Juta bagi menggalakan PKS sertai aktiviti promosi
  • Perlesanan bank digital dalam proses dimuktamadkan oleh Bank Negara dimana permohonan pada separuh pertama 2020.
  • Peruntukan tambahan RM50 juta untuk MyCIF bagi memanfaatkan platform kewangan digital ECF dan P2P.
  • Perlanjutan Galakan cukai hingga tahun 2023 bagi modal teroka dan pelabur mangkin (angel investor)
  • Peruntukan RM445 Juta berupa geran untuk pembangunan usahawan Bumiputera untuk :
    • Pembiayaan
    • Penyediaan Premis Perniagaan
    • Latihan Keusahawanan
  • Peruntukan ini juga termasuk :
  • RM150 Juta untuk program pembangunan serta kemahiran usahawan oleh PUNB
  • RM75 Juta untuk bina kapasiti PKS bumiputera Oleh SMECorp
  • RM170 Juta untuk pembiayaan TEKUN SME dan PHB
  • RM50 Juta bagi program keusahawanan dibawah Peneraju Agenda Bumiputera , MEA
  • Bank Pembangunan Malaysia beri subsidi faedah melalui:
    • Peruntukan 2 Bilion Dana Pembiayaan Pembangunan Mampan
    • Peruntukan 1 Bilion Dana Maritim & Logistik 
    • Peruntukan 2 Bilion Dana Transformasi Pendigitalan  Industri
  • Peruntukan RM100 Juta untuk Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina oleh BSN
  • Peruntukan RM20 Juta untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh TEKUN

Penstrukturan Semula Institusi Kewangan Pembangunan (DFI)

  • Pengstrukturan semula Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) dari penggabungan Danajamin Nasional, Bank Pembangunan Malaysia SME Bank, serta Bank Eksport-Import Malaysia

Mengembangkan Kewangan Islam

  • Mewujudkan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam untuk ekosistem kewangan islam

Strategi 4: Mengukuhkan Kepelbagaian Ekonomi

Pertumbuhan Hijau dan Tenaga untuk Masa Depan

  • Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA)
  • Pengecualian Cukai Pendapatan Perkhidmatan Teknologi Hijau (GITE) dilanjutkan sehingga 2023

Memajukan Komodi

  • Dana pinjaman penanaman semula Kelapa Sawit
  • Peruntukan RM27 Juta meluaskan pasaran sawit
  • Penggunaan Biodiesel B20 untuk pengangkutan

Bantuan Kepada Pekebun Getah Musim Tengkujuh

  • Peruntukan RM200 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil getah
  • Peruntukan RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah pada tahun 2020 bertujuan meningkatkan pendapatan pekebun kecil
  • Inisiatif untul Felda , Felcra, dan Risda

Meningkatkan Pendapatan Petani

  • Peruntukan untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani RM4.9 billion.
  • Elaun Sara Hidup Nelayan ditingkatkan menjadi RM250 sebulan
  • Peruntukan RM150 juta sebagai galakan program integrasi tanaman seperti cili, nanas, kelapa, tembikai dan buluh.
  • Peruntukan RM30 juta bagi hasilkan beras pulut di Langkawi.
  • Input Padi ditingkatkan sebanyak RM855 juta bagi tahun 2020 di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP)
  • Peruntukan RM43 juta ke arah pembangunan Industri Pertanian 4.0.

Menambah Baik Kerangka Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

  • Peruntukan RM524 juta bagi mengiatkan R&D sektor awam.
  • Peruntukan RM30 juta geran padanan R&D untuk tingkatkan lagi nilai tambah dalam penggunaan minyak sawit.
  • Peruntukan RM10 juta bagi penubuhan Agensi Pengurusan Penyelidikan.

Tahun Melawat Malaysia 2020 (Kementerian Pelancongan)

👉 Peruntukan RM1.1 Bilion kepada MoTAC

👉 50% hasil cukai pelancongan akan diberi kepada Kerajaan Negeri

👉 LEVI PELEPASAN akan diperuntukan untuk Projek Infrastruktur Pelancongan

👉 Pengecualian cukai pendapatan penganjur aktiviti kesenian, kebudayaan, persidangan, dan pertandingan antarabangsa

👉 Taman Tema Antarabangsa : Pengecualian cukai pendapatan untuk pelaburan baharu

👉 Elaun Modal Dipercepatkan bagi pembelian bas persiaran baru CKD

👉 Potongan Cukai dinaikan hingga RM1 Juta bagi syarikat yang menaja apa-apa aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan

👉 Peruntukan RM5 Juta untuk CENDANA (Cultural Economy Development Agency) bagi menyokong galeri seni visual & pengajur seni

👉 Peruntukan RM100 Juta untuk bina Sistem Kereta Kabel Baharu ke Bukit Bendera (Kos tambahan ditanggung Kerajaan Negeri)

👉 Peruntukan RM25 juta kepada Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020

TERAS KEDUA: PELABURAN KE ATAS RAKYAT: MENINGKATKAN KEUPAYAAN MODAL INSAN

Strategi 5: Meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia

MalaysiaKerja (Malaysians@Work)

  • Inisiatif Malaysian@Work Terbahagi kepada 4 iaitu :
This image has an empty alt attribute; its file name is malaysianwork.jpg
  • Graduates@Works
  • Apprentice@Works (TVET)
  • Locals@Works
  • Women@Works
Graduates@Work
• Menganggur selama> 12 bulan
• Apabila mendapat pekerjaan, akan mendapat insentif gaji sebanyak RM500 selama 2 tahun
• Majikan: Insentif menyewa sehingga RM300 sebulan untuk setiap sewa selama 2 tahun
Apprentice@Work (TVET)
• Menyediakan tambahan elaun RM100 untuk pelatih TVET
• Melanjutkan insentif cukai untuk Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun lagi.
• Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja
Locals@Work
• Insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing (RM250 / RM500) selama 2 tahun
• Meningkatkan gaji minimum kepada RM200 di bandar-bandar utama dan RM100 luar bandar
• Insentif sebanyak RM250 sebulan (selama 2 tahun sahaja) untuk majikan yang menawarkan pekerjaan bagi menggantikan pekerja asing
Women@Work
• Pekerja wanita yang kembali bekerja setelah berhenti selama setahun atau lebih dan berumur antara 30-50 tahun akan dapat insentif seperti berikut :
• Dapat RM500 sebulan selama 2 tahun sahaja sebagai insentif manakala insentif cukai dipanjangkan selama 4 tahun
RM300 sebulan bagi majikan yang ambil pekerja wanita (terhad untuk tempoh 2 tahun)
  • Peruntukan RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi TASKA

Strategi 6: Memodenkan Pasaran Buruh

Kajian semula Akta Kerja 1955 Meliputi perkara berikut:

👉 Tingkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari berkuat kuasa 2021

👉 Memanjangkan Kelayakan Bayaran lebih masa (OT) bagi yang perpendapatan kurang RM2000 ke RM4000 sebulan

👉 Tambah baik pengendalian aduan gangguan seksual dalam aspek perlindungan serta prosedur

👉 Mantapkan lagi peruntukan berkaintan larangan diskriminasi dalam pekerjaan, cotoh agama, kaum dan jantina

👉 Gaji minimum dinaikkan kepada kadar RM1200 sebulan di wilayah dan bandar-bandar utama berkuat kuasa 2020

Meningkatkan perlindungan sosial

👉 KWSP perluaskan perlindungan untuk pekerja kontrak

👉 PERKESO perluaskan caruman kepada 18 kumpulan seperti nelayan, petani, pemilik tunggal, dan perkongsian

👉 PERKESO akan bina pusat rehabilitasi dengan kos RM500 Juta di Perak

Program i-Suri untuk Pasangan

👉 Peruntukan RM45 Juta tambahan untuk program i-Suri

👉 Tambah baik program untuk suami sumbang 2% secara sukarela daripada 11% carumanya ke KWSP isterinya

👉 Peruntukan RM20 Juta untuk manfaat perlindungan keselamatan sosial oleh PERKESO dibawah program i-Suri

Strategi 7: Pelaburan dalam Pendidikan dan Bakat

Bajet 2020 Kementerian Pendidikan

👉 Peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak RM64.1 bilion merupakan bajet terbesar berbanding lain-lain kementerian

Menaik taraf Sekolah

👉 Peruntukan RM 734 juta untuk menaik taraf sekolah berikut :

  • Sekolah Kebangsaan RM300 juta
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) RM50 juta
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) RM50 juta
  • Sekolah Berasrama Penuh RM50 juta
  • Maktab Rendah Sains MARA RM50 juta
  • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta
  • Sekolah Mubaligh RM50 juta
  • Sekolah Tahfiz RM50 juta
  • Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Persendirian RM25 juta
  • Sekolah Pondok yang berdaftar RM25 juta
  • Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan RM20 juta
  • Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) RM15 juta

👉 Kerajaan peruntukan sebanyak RM783 juta untuk baik pulih sekolah daif

👉 Peruntukan 23 juta untuk untuk sekolah mesra Orang Kurang Upaya (OKU)

👉Peruntukan 12 juta untuk manfaat sekolah bantuan kerajaan dalam bantuan bayaran utiliti

Mengarus perdana TVET

👉 Peruntukan sebanyak RM5.9 bilion bagi program TVET

👉 Peruntukan RM50 juta untuk PTPK bagi biaya Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (SSDC)

👉 Peruntukan RM30 juta bagi melatih 3 ribu belia dari keluarga berpendapatan rendah dimana HRDF akan kerjasama dengan TVET bagi menyediakan latihan dan pekerjaan bersesuaian

Pensijilan Profesional

👉 Peruntukan geran RM20 juta akan dipadankan dengan peruntukan RM20 juta dari HRDF bagi menggalakan golongan dewasa bekerja menduduki peperiksaan pensijilan profesional dalam bidang kursus berkaitan IR4.0

Mara Dan Yayasan Peneraju

👉 Peruntukan RM1.3 bilion untuk institusi pendidikan di bawah MARA

👉 Peruntukan RM2 bilion untuk biaya pinjaman bagi 50 ribu pelajar

👉 RM192 juta untuk program sijil progesional di Yayasan Peneraju

TERAS KETIGA : MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERSATU, INKLUSIF DAN SAKSAMA

Strategi 8: Pembangunan Inklusif – Peruntukan RM10.9 bilion untuk pembangunan luar bandar

Merapatkan jurang pendapatan di antara bandar dan luar
bandar

👉 Peruntukan Rm 587 juta untuk projek bekalan air luar bandar RM470 juta darinya untuk sabah dan sarawak

👉 Peruntukan RM500 juta untuk Projek Bekalan Elektrik mejoriti untuk Sabah & Sarawak

👉 Peruntukan RM1 bilion bina jalan luar bandar

👉 Pemberian Khas 112D untuk Sabah dan Sarawak

👉 Peruntukan RM4.85 bilion dibawah MARRIS untuk selenggara jalan raya negeri

👉 Peruntukan RM170 juta untuk kos pengangkutan dan pengedaran barang asas ke kawasan luar bandar (Sabah/Sarawak)

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

👉 Peruntukan RM5 bilion untuk BSH 2020

👉 Skim BSH diperluaskan dimana: 

👉 Individu Bujang berumur 40 tahun dimana pendapatan kurang RM2000 sebulan Dapat BSH RM30

👉 OKU 18 tahun keatas diamana gaji pendapatan kurang RM2000 sebulanDapat BSH RM300

👉 Keduanya secara automatik akan dapan skim takaful MySalam

Perusahaan Sosial dan Pembangunan Komuniti

👉 Peruntukkan RM575 Juta untuk Bantuan Sosioekonomi Memanfaatkan 137 ribu Warga Emas

👉 Peruntukkan RM4.6 Juta kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

👉 Peruntukkan RM80 Juta untuk naiktaraf dan selenggara 67 institusi di bawah JKM termasuk pusat jagaan kanak-kanan, OKU, dan Warga Emas

👉 Peruntukkan RM25 juta untuk Food Bank

👉 Peruntukkan RM20 juta untuk 5 Pusat Latihan Berdikari (Independent Learning Centre) bagi program sindrom down dan taska OKU *Cukai dikecualikan

👉 Peruntukkan RM15 Juta untuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi pemulihan

👉 Peruntukkan RM4.5 juta untuk Anjung Singgah (Gelandangan)

👉 Peruntukkan RM20 juta untuk program perkhidmatan makanan (F&B), pertukangan, perkhidmatan dobi dan kimpalan

👉 Peruntukkan RM10 Juta untuk Malaysian Global Innovation & Creativiti Centre (MaGIC)

👉 Peruntukkan RM10 juta untuk Malaysia Co-Investment Fund Scheme (MyCIF)

👉 Nilai ambang pelaburan derma dinaikan ke RM20 ribu untuk syarikat swasta

👉 Peruntukkan RM 57 juta untuk Jabatana Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

👉 Peruntukkan RM83 juta untuk pembangunan ekonomi, pendidikan dan infrastruktur orang asli

👉 Peruntukkan Geran RM100 juta untuk Unit Transformasi India Malaysia (MITRA)

👉 Peruntukkan RM85 juta untuk menyokong pemabangunan dan pembaikan infrastruktur asas di kampung-kampung baru

Agenda Bumiputera

👉 Peruntukan RM6.6 bilion untuk MARA, Universiti Teknologi MARA (UITM) dan Yayasan Peneraju

👉 Peruntukkan RM1 bilion untuk PKS Bumiputera melalui SJPP dan SME Bank

👉Peruntukkan RM445 juta untuk program usahawan TEKUN SME PUNB PHB dan Teraju

👉 30% tender kementerian untuk kontraktor bumiputera

Menegakkan Syiar Islam

👉 Peruntukan Jabatan Perdana Menteri (Ehwal Islam) RM1.3 bilion

👉 Peruntukkan Elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) kepada RM100 sebulan

👉 Bantuan khas one-off RM500 untuk Imam, Bilal (Muazzin), Tok Siak/Noja/Merbot (penjaga masjid) dan Guru Takmir

👉 Peruntukan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Strategi 9: Ke Arah Perkhidmatan Kesihatan Yang Lebih Baik

Perkhidmatan Kesihatan / Hospital

👉 Peruntukkan RM1.6 bilion untuk bina hospital baharu dan naik taraf serta membesarkan hospital sedia ada

👉Peruntukkan RM319 juta untuk bina dan naik taraf klinik kesihatan dan pergigian serta kemudahan kuarters

👉 Peruntukkan RM227 juta bagi naik taraf peralatan perubatan, manakala RM95 juta bagi ubahsuai infrastruktur dan kemudahan perubatan

👉 Peruntukan RM60 juta untuk sediakan vaksin pneumococcal kepada semua kanak-kanak

👉Peruntukkan RM59 juta untuk tambah bilangan ambulans dengan kerjasama perkhidmatan ambulans NGO

👉 Peruntukkan RM5 juta untuk perkhidmatan Klinik Bergerak kawasan luar bandar terutamanya Orang Asli

Perluasan mySalam & PeKa B40

mySalam

👉 Perlindungan My Salam keatas 45 penyakit kritikal

👉 Had umur individu sehingga 65 tahun

👉 Had mySalam dengan pendapatan kasar tahunan sehingga RM100 ribu

Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40)

👉 PeKa B40 diperluaskan kepada individu yang berumur 40 tahun dan keatas, sebelum ini hanyak umur antara 50-60 sahaja.

Insentif Kesuburan

👉 KWSP akan perkenalkan ketegori pengeluaran baharu untuk pasangan yang jalani rawatan kesuburan seperti in-vitro fertilisation (IVF)

Pelan Persaraan Swasta

👉 Alternatif pengeluaran – kerajaan bercadang untuk benarkan pengeluaran simpanan sebelum persaraan bagi kos rawatan dan kos perumahan selaras dengan syarat KWSP dan tidak dikenakan cukai

Strategi 10: Meningkatkan Ekosistem Pengangkutan

👉 Peruntukan RM146 juta untuk subsidi kepada pengusaha bas

👉 Peruntukan RM50 juta bagi menaik taraf landasan keretapi di kawasan Gorge Line antara Stesen Halogilat Ke Stesen Tenom Sabah

👉 Peruntukan RM450 juta bagi menyediakan sehingga 500 bas elektrik pelbagai saiz

👉 Menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh Kerajaan akan pelawa cadangan kerjasama swasta

👉 Menjadikan Pelabuhan Klang pusat maritim serantau dan hab logistik kargo

👉Pas bulanan tanpa had bagi My50 dan My100

👉 Pas Mutiara di Pulau Pinang berharga RM50 sebulan tanpa had utk Rapid Bas dan Ferry

👉 Peruntukan RM85 juta untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor

Mengurangkan Beban Tol Lebuh Raya

👉 Dapat diskaun 18% secara peurata di semua lebuh raya PLUS

👉 Kerajaan akan ambil alih 4 lebuh raya Lembah Klang iaitu Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Sprint (SPRINT) dan Terowong SMART (SMART) 

👉 Caj pada waktu puncak dan waktu biasa diturunkan sehingga 30% dengan kadar semasa tol, serta percuma semasa waktu bukan puncak

👉 Pada 1 Januari 2020 harga tol kereta persendirian yang melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 ke RM7.00

Program Subsidi Petrol Bersasar

👉 Program Subsidi Petrol (PSP): anda yang memiliki tidak melebihi 2 kereta dan 2 motosikal akan layak layak, tetapi kelayakan hanya untuk satu kenderaan sahaja

1) Kereta dengan kapasiti enjin <1,600cc dan ke bawah

2) Kereta dengan kapasiti enjin >1600cc yang berusia lebih 10 tahun

3) Motosikal dengan kapasiti enjin  <150cc

4) Motosikal dengan kapasiti enjin >150cc yang berusia lebih 7 tahun

👉 Nak tahu layak atau tidak boleh buat Semakan Subsidi Petrol Minyak 2020

👉 Untuk penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol sebanyak RM30/bulan untuk pemilik kereta atau RM12/bulan untuk pemilik motosikal.

👉 Untuk Sabah dan Sarawak tidak ada PSP tetapi akan terus seperti biasa dengan siling harga petrol bersubsidi pada RM2.08 untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel

Strategi 11: Meningkatkan akses kepada perumahan

Skim Rumah Mampu Milik

👉 Dana Rumah Mampu Milik untuk golongan berpendapatan rendah membeli rumah pertama Maklumat lanjut boleh lihat (Permohonan Rumah Mampu Milik)

👉 Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki Rent to Own (RTO): pembiayaan sebanyak RM10 bilion akan disediakan oleh institusi kewangan dengan sokongan Kerajaan melalui penyediaan jaminan sebanyak 30% atau RM3 bilion.

👉 Kerajaan akan turunkan nilai rumah kondominum dan pangsapuri yang tidak terjual dari RM1 juta ke RM600 kepada pemilikan warga asing

👉 Kerajaan akan melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh BSN mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021.

👉 Menambah baik layanan CKHT dari tahun 2000 kepada tahun 2013

Penyelenggaraan Perumahan Awam

👉 Peruntukan RM100 juta bagi baik pulih perumahan awam berstrata kos rendah dan sederhana

👉 Peruntukan RM15 juta untuk Bandar Selamat bagi menyediakan lampu jalan, kawasan parkir dan lain lain di perumahan awam

Strategi 12: Perpaduan melalui Sukan

👉 Peruntukan RM299 juta untuk melaksanakan Program Sukan Untuk Semua

👉 Peruntukan RM179 juta bagi persiapan kejohanan antarabangsa seperti Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan SEA Hanoi 2021 dan pembangunan atlet paralimpik.

👉 Peruntukan RM45 juta bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara

👉Peruntukan RM10 juta bagi pembangunan atlet wanita

Strategi 13: Mempromosikan Kelestarian Alam Sekitar

👉 Peruntukan RM30 juta bagi tingkatkan lagi keupayaan dan kapasiti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kimia

👉 Peruntukan RM443.9 juta bago Rancangan Tebatan Banjir dan RM150 juta untuk selenggarakan pengurusan kolam takungan banjir sedia ada

👉Peruntukan Dana Bantuan Bencana RM100 juta untuk sediakan pinjaman pada kadar faedah 4% untuk petani yang terkesan akibat bencana alam

Memulihara Hutan Kita

👉 Peruntukan RM48 juta bagi tujuan penjagaan biodiversiti di mana RM10 juta akan dikhususkan kepada sektor swasta melalui geran padanan

👉Peruntukan RM15 juta disalurkan ke Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT), Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dan NGO lain untuk melindungi harimau Malaya dan orang utan yang kini sermakin terancam

👉Peruntukan RM30 juta untuk melantik renjer dari kalangan askar bersara dan orang asli untuk lindungi flora dan fauna di Malaysia

Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

👉 Peruntukan RM10 juta bagi dana padanan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) diantara Kerajaan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membiayai inisiatif SDG di Malaysia

Pertahanan dan Keselamatan Awam

👉 Peruntukan RM16.9 bilion untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tahun 2020

TERAS KEEMPAT: MEMULIHKAN INSTITUSI DAN KEWANGAN KERAJAAN

👉 Kadar nisbah liabiliti negara telah dikurangkan dengan KDNK 79.3% pada 2019 kepada 75.d% pada 2018

👉  Cadangan bagi terbitkan bon Samurai pada awal tahun depan

Strategi 14 : Komitmen Terhadap Konsolidasi Fiskal

👉 Difisit Fiskal Malaysia 2018 dicatat pada kadar 3.7% dengan sasaran 3.4% untuk 2019 ini

Meningkatkan Hasil Kerajaan

👉 Banjaran baharu untuk pendapatan bercukai melebihi RM2 juta akan diperkenalkan dimana ianya dikenakan cukai pada 30% (berbanding 28% sekarang)

👉 Had untuk percukaian bagi PKS dinaikkan ke RM600 ribu dan telah dikurangkan 17% pada 2019

👉 Tribunal Rayuan Cukai akan ditubuhkan dengan gabungan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dan Tribunal Rayuan Kastam

👉 Pada 2021 Tax Indentification Number (TIN) akan dilaksanakan untuk semua perniagaan atau individu yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai hasil pendapatan

👉 Peruntukan RM235 juta untuk beli 20 mesin pengimbas kargo

Merasionalisasi Perbelanjaan Kerajaan

👉 Tender dan perolehan ubat RM500 juta akan digabungkan

👉 Peruntukan RM10.5 bilion bagi mengurus, selenggara, baiki, aset awam seperti bangunan sedia ada

Strategi 15: Memperkukuh Institusi, Tadbir Urus dan
Integriti

👉 Tambahan 100 orang kakitangan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 

👉 Peruntukan RM50 juta untuk Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) 

Belanjawan Penjawat Awam 2020

👉 Kumpulan Pelaksanan Penjawat Awam dapat Bantuan Sara Hidup (Cola) RM50 sebulan

👉 Gantian Cuti Rehat (GCR) dibenar tebus awal dengan kadar sebanyak 75 hari

👉 GCR ini hanyalah untuk penjawat awam lama telah berkhidmat lama sekurangnya 15 tahun

👉 Peminjam baru LPPSA dapat perlindungan kemalangan diri berkelompok RM100 ribu (Percuma) selama dua tahun 

👉 Faedah Ex-Gratia RM150 ribu untuk Penjawat Awam yang meninggal semasa dalam perkhidmatan, ianya akan diberi terus ke waris 

👉 Penjawat Awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan akan diberi Pergerakan Gaji Tahunun (PGT) lebih awal sebulum tarikh Pergerakan Gaji (TPG)

👉 Elaun RM2 sejam untuk Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) 

👉 Elaun RM200 sebulan untuk BOMBA yang diberi dalam bentuk Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba

👉 Peruntukan RM35 juta untuk 70k pemegang pingat jasa malaysia dan akan diberikan secara one-off RM500

👉Peruntukan RM250 juta untuk kuarters PDRM

👉 Peruntukan RM150 juta bagi Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT)

👉 Peruntukan RM330 juta untuk baiki dan selenggara kuarters penjawat awam

👉 Pesara Kerajaan dan Veteran tidak pencen dapat RM250

👉 Kakitangan Awam Gred 56 kebawah dapat bantuan khas RM500

*Ini hanyalah ringkasan dari Belanjawan @ Bajet 2020 yang kami rujuk dari teks ucapan belanjawan, sebarang kesilapan atau penambahan boleh ajukan di ruang komen.

Leave a Comment