iMASCU 2020 Sistem Semakan Syarat Upu

Ok, ini ialah imascu sistem semakan syarat upu untuk bagi mudah pelajar yang akan buat permohonan upu nanti.

iMASCU Semak Syarat UPU

imascu

Kalau nak buat permohonan UPU anda kena buat semak syarat upu terlebih dahulu. Jika tidak apa yang anda mohon akan jadi sia sia sahaja. Apa yang anda mohon bukan saja apa yang anda minat tetapi lihat juga dekat result exam.

Selain itu, semak syarat upu penting untuk tengok anda layak atau tidak dengan program/kursus yang anda bakal mohon, jika sesuai potensi anda untuk dapat sebagai pilihan pertama jadi mudah.

Semak Syarat Ini Untuk Siapa?

Semak syarat ini telah buka untuk anda lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi yang nak ke Universiti Awam (UA)/IPTA, Politeknik, ILKA, dan Kolej Komuniti.

Cara Semak Syarat UPU iMASCU

Nak semak boleh buat dengan cara di bawah :

  1. ePanduan UA
  2. Semak MQA

Contoh kalau nak semak syarat upu online, Ketik dekat no.1 dan akan papar gambar macam dibawah akan dipaparka. Untuk SPM anda hanya perlu ketik dekat Syarat Am & Khas > SPM.

Untuk STPM/Setaraf anda hanya perlu ketik dekat bahagian Syarat Am & Khas > STPM/Setaraf.

Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA (TVET) Macam Mana?

Nak semak syarat politeknik, kolej komuniti serta ilka anda perlu terus menerusi laman ePanduan TVET, dan gambar macam bawah ini akan keluar untuk ada pilih.

Selain itu, kalau rasa tidak yakin dengan dengan imascu sistem semak syarat upu dan tvet online ini. Anda juga boleh terus ke karnival pendidikan negara yang ada pada setiap tahun ikut tarikh dan lokasi yang dapat maklum dari upu, Dekat situ anda boleh dapat segala input tentang syarat dan banyak lagi.

Kalau ada soalan boleh hubung terus Hepline UPU di 03-8870 8200 Waktu Operasi : jam 8:00 pagi hingga 5:30 petang.

Rujuk Sumber :

Categories Upu