8 Idea Kreatif Yang Boleh Dibuat Dari Tunggul Kayu

Idea menarik untuk buat hiasan rumah dari tunggul kayu

Hari ini kami gembira untuk berkongsi dengan anda tentang idea kreatif yang boleh anda buat dari tunggul kayu. Kalau kebetulan anda berkebun lepas itu ada tebang pokok-pokok, tunggulnya itu jangan dibuang dulu, boleh dijadikan hiasan rumah yang menarik.

Tak percaya, jom lihat apa yang boleh dibuat dengan tunggul kayu.

1. Mangkuk Berwarna-warni

1. Mangkuk Berwarna-warni

Comel tak mangkuk ni? Yang ini diperbuat dari batang pokok. Buang separuh daripada isi kayu dan kikirkan bahagian dalam sehingga berlekuk seperti mangkuk. Akhir sekali barulah mewarnakannya dengan warna yang anda suka.

2. Meja Kopi

2. Meja Kopi

Meja kopi dari tunggul kayu. Pada bahagian atas, ketam sehingga rata dan gosok sehingga licin menggunakan kertas pasir atau apa-apa alat yang bersesuaian. Gosok juga bahagian luaran agar nampak lebih kemas.

3. Meja Atau Bangku

3. Meja Atau Bangku

Potong bahagian tunggul menjadi kepingan, tambah kaki khas dibawahnya. Boleh dijadikan kerusi atau meja.

4. Pemegang Pokok Hiasan

4. Pemegang Pokok Hiasan

Potong tunggul kayu menjadi kepingan, gosok sehingga permukaan licin. Gunakan dawai besi sebagai pemegang kepada pokok hiasan anda. Boleh juga dijadikan bingkai hiasan. 

5. Pasu Bunga

5. Pasu Bunga

Yang ini paling mudah kami rasa. Buat sahaja lubang ditengah-tengah batang pokok yang telah dipotong mengikut saiz yang anda mahu. Buang kulit kayu pada bahagian luar dan gosok permukaan luaran sehingga licin.

6. Piring

6. Piring

Piring kayu. Potong menjadi senipis mungkin, kemudian gosok permukaan licin dan piring kayu anda telah pun siap. Tetapi hati-hati ya.

7. Papan Pemotong

7. Papan Pemotong

Potong menjadi kepingan juga, tapi kali ini biarlah sedikit tebal. Boleh dijadikan papan pemotong. Boleh potong sayur, daging, dan macam-macam lagi lah. 

8. Lampu Gantung

8. Lampu Gantung

Lampu gantung. Yang ini idea hiasan rumah yang paling menarik. Jangan lupa like viramon di facebook untuk dapatkan lebih banyak info menarik setiap hari.