Koleksi ‘Hoodies Samurai’ Untuk Peminat Anime Jepun

Hoodies ini diinspirasikan daripada ‘baju kebal’ samurai

Sekali pandang, mesti anda fikir ini adalah cosplay samurai bukan? Sebenarnya ini adalah hoodies atau kita panggil baju sejuk. Diinspirasikan dari baju kebal samurai, hoodies ini dikeluarkan oleh syarikat pakaian Otaku Mode, Tokyo, Jepun.

Menariknya, hoodies ini boleh tahan sejuk 2 kali ganda berbanding baju sejuk biasa. Ia diperbuat daripada fabrik yang berkualiti tinggi bagi menjamin keselesaan pengguna dan sangat sesuai dipakai ketika musim sejuk.

Hoodies ini terdiri dari 3 warna pilihan yang menarik iaitu merah, putih dan hitam. Memang bergaya habis, bolehlah berangan jadi samurai lepas ni.

Maklumat lanjut: rocketnews24

Samurai Armor Hoodies

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of