Bawa Kucing Anda Bersiar-siar Dengan Hoodie Kanggaru Ini

Rekaan hoodie dengan poket kanggaru ini membolehkan anda bawa kucing kesayangan anda bersiar-siar! Seronok betul.

Wahai pencinta kucing, kami rasa anda pasti terliur dengan rekaan hoodie ini! Ya pastinya sangat cool! Hoodie diinspirasikan dari kantung kanggaru ini membolehkan anda membawa kucing kesayangan anda bersiar-siar. Wah seronok gila!

Hoodie kreatif ini bukan sahaja membuatkan anda kelihatan bergaya malah ia juga sangat selesa dipakai, baik untuk anda mahupun untuk si kucing!

Terdapat benang berupa seperti bola gantung yang akan menarik perhatian kucing anda bermain ketika ia di gendong! Jadi jangan risau, kucing anda pasti asyik ketika duduk didalamnya. Hoodie ini juga mampu menampung beban sehingga 7 kilogram.

Macam mana? Menarik bukan?

Sumber: unihabitat

REAKSI ANDA?