Homestay Penang 2020 Yang Murah & Menarik

Ini merupakan perkongsian mengenai homestay di penang yang selesa untuk anda menginap jika berkunjung ke Pulau Pinang.

Homestay Di Penang @ Pulau Pinang

Homestay Penang

Anda merancang untuk bercuti di Pulau Pinang? apabila anda menikmati tempat menarik di penang percuma mahupun berbayar serta tempat makan best di penang pastinya anda perlukan penginapan untuk berehat. Mari kami kongsikan beberapa homestay yang menarik yang boleh anda masukkan dalam perancangan anda untuk bercuti ke sana.

The Panorama @ Georgetown

Homestay Penang

Duplex apartment yang mewah ini menawarkan pemandangan panorama sekitar bandar Geogetown dan perlabuhan dari tingkap apartment. Terdapat 2 bilik tidur dan 3 katil queen di mana mampu memuat 6 tetamu dewasa. Peralatan dapur yang lengkap juga memudahkan anda untuk memasak. Terletak di sepanjang Karpal Singh Drive, tempat ni hanya 20 minit sahaj dari airport manakala 5 minit ke pusat bandar.

Homestay Selesa Bayan Lepas

Homestay Penang

Homestay Selesa Bayan Lepas ialah sebuah rumah apartment yang terletak di Sungai Tiram, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Rumah penginapan yang selesa ini lengkap dengan perabot dan mempunyai 3 bilik tidur. Homestay ini juga boleh memuatkan 7 orang dengan selesa dan apartment ini mempunyai sistem keselamatan 24 jam. Di samping itu, ruang parkir untuk 1 buah kereta serta kad Touch n Go juga disediakan apabila anda menginap di apartment ini.

Seaview Holiday Home

Homestay Penang

Duplex apartment yang mewah ini menawarkan pemandangan panorama sekitar bandar Geogetown dan perlabuhan dari tingkap apartment. Terdapat 1 bilik tidur dan 2 katil queen dan  sebuah lagi bilik dengan 2 katil bertingka di mana mampu memuat 8 tetamu dewasa. Peralatan dapur yang lengkap juga memudahkan anda untuk memasak. Terletak di sepanjang Karpal Singh Drive, tempat ni hanya 20 minit sahaj dari airport manakala 5 minit ke pusat bandar.

Nurul Homestay Penang

Homestay Penang

Nurul Homestay Penang yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang merupakan sebuah Rumah kluster yang mempunyai 3 bilik serta 2 bilik air dan mampu menampung seramai 6 orang tetamu. Homestay ini juga serba lengkap dengan kemudahan yang disediakan seperti peralatan memasak, TV dan Astro, mesin basuh, peti ais dan lain-lain.

Ae Homestay Penang

Homestay Penang

AE Homestay Penang terletak di Taman Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan hanya 10 minit dari USM, Jambatan Pulau Pinang, dan Queensbay Mall. Homestay ini merupakan homestay yang selesa dan juga mempunyai persekitaran yang tenang. Di samping itu, homestay ini juga berdekatan dengan kedai-kedai runcit dan kedai-kedai makan.Kemudahan seperti ruang parkir, penyaman udara, pancuran air panas, seterika, peti ais, TV, peralatan memasak juga disediakan.

Asbah Homestay Bandar Perda Penang

Homestay Penang

Asbah Homestay Bandar Perda Penang merupakan sebuah kondominium yang terletak di tengah Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Homestay ini menawarkan perkhidmatan homestay mampu milik untuk para pengunjung dengan pelbagai kkemudahan yang sediakan seperti  ruang parkir, kolam renang, seterika, TV, lif, tuala, siaran Astro, peralatan memasak, mesin basuh dan  kemudahan parkir peribadi secara percuma. Homestay ini mempunyai kedudukan yang strategik di mana ianya terletak di kawasan komersial Bandar Perda, pusat-pusat pendidikan, dan pusat-pusat rekreasi.

Bertam Barakah Homestay

Homestay Penang

Berkam Barakah Homestay adalah rumah teres dua tingkat yang mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air. Homestay ini dilengkapi dengan penyaman udara di ruang tamu dan setiap bilik.

Terdapat juga kemudahan lain yang disediakan seperti ruang parkir, penyaman udara, seterika, peti ais, tilam, peralatan memasak, mesin basuh. Homestay ini berdekatan dengan taman-taman rekreasi, Mydin Mall Bertam, Tesco, Bandar Bertam, Stesen Keretapi Tasik Gelugor dan banyak lagi tempat-tempat yang boleh anda lawati.

Share² lah yerr..

Leave a Comment