Gambar Ribut Petir Di Lautan Pasifik Pada Ketinggian 37,000 Kaki

Juruterbang sempat rakam gambar ribut petir di Lautan Pasifik dan ini sangat mengagumkan!

© Santiago Borja

Foto ribut petir ini sangat mengagumkan kami, bukan mudah untuk lihat gambar fenomena alam seperti ini. Mungkin sebelum ini ada juga juruterbang yang pernah merakam gambar ribut petir, tetapi gambar yang diambil oleh Santiago Borja ini dikatakan di antara yang terbaik pernah diambil.

Huh, betul juga, bukan semua orang berpeluang untuk ambil gambar dari atas awan bukan? Walaupun jurugambar sekalipun!

Dari jarak ketinggian 37,000 kaki, dia mengambil gambar ini secara kebetulan ketika meredah lautan pasifik di bahagian Selatan Penama. Menurutnya, saiz dan kuasa ribut petir kali ini sangat kuat berbeza dari yang pernah dia lihat sebelum ini. Meski pun begitu dia masih berada pada jarak yang jauh dan selamat.

Anda boleh lihat lebih banyak gambar di laman instagram beliau @santiagoborja

© Santiago Borja

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of