Gaji Pegawai Kewangan Gred W41 (Trusted)

Ini adalah senarai gaji pegawai kewangan dalam sektor kerja kerajaan di malaysia yang boleh anda jadikan rujukan serta panduan

Berapa Gaji Pegawai Kewangan?

gaji pegawai kewangan

Jika anda berhajat nak berada di bidang pegawai kewangan dalam sektor kerajaan di Malaysia ini serta ada boleh hadapi tugas sebagai pegawai kewangan, berikut adalah senarai gaji serta peringkat kelayakan yang anda perlukan untuk mendapat gaji yang ditetapkan bagi jawatan tersebut.

GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
W41RM2,094.00RM9,585.00RM225.00

Syarat Kelayakan Untuk Mecapai Gred Gaji

  • Untuk mendapat gaji minimum dengan Gaji pegawai kewangan Permulaan pada Gred W41 iaitu RM2,094.00 anda mestilah mempunyai sekurangnya ijazah sarjana muda dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan
  • Atau dengan gred yang sama pada gaji permulaan RM2,300.73 dengan sekurannya memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan
  • Atau dengan gred yang sama pada gaji pegawai kewangan permulaan RM2,819.63 dengan sekurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
  • Atau dengan gred yang sama pada gaji permulaan RM2,819.63 dengan sekurangnya anda adalah Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Atau dengan gred yang sama pada gaji permulaan RM2,923.41 dengan sekurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Ataupun dengan gred yang sama pada gaji permulaan RM3,027.19 dengan sekurangnya menjadi Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
  • Kepujian Bahasa Melayu (Sekurangnya gred C) dalam SPM/SVM Malaysia

Kelayakan Secara Lantikan

  • Kalau anda dari “Penolong Akauntan” dan nak ke jawatan pegawai kewangan perkara utama adalah mesti memenuhi syarat yang ada pada gred W41 terlebih dahulu
  • Serta lulus peperiksaan khas
  • Had umur jika persaraan anda 55-56 makan nak naik ke pangkat ini mestilah kurang dari 54 tahun, kalau bersara 58 mestilah kurang dari 56 tahun kalau bersara 60 merstilah kurang dari 58 untuk ke jawatan ini.

Rujukan : Spa (GOV)

Share² lah yerr..

Leave a Comment