Gaji Pegawai Keselamatan Gred KP41 (Trusted)

Ini adalah senarai gaji pegawai keselamatan dalam sektor kerja kerajaan di malaysia yang boleh anda jadikan rujukan serta panduan

Berapa Gaji Pegawai Keselamatan?

gaji pegawai keselamatan

Jika anda berhajat nak berada di bidang pegawai keselamatan dalam sektor kerajaan di Malaysia ini serta ada boleh hadapi tugas sebagai pegawai keselamatan, berikut adalah senarai gaji serta peringkat kelayakan yang anda perlukan untuk mendapat gaji yang ditetapkan bagi jawatan tersebut.

GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
KP41RM2,081.00RM9,547.00RM225.00

Syarat Kelayakan Untuk Mecapai Gred Gaji

  • Untuk mendapat gaji minimum dengan Gaji pegawai keselamatan Permulaan pada Gred KP41 iaitu RM2,081.00 anda mestilah mempunyai sekurangnya ijazah sarjana muda
  • Atau dengan gred yang sama pada gaji permulaan RM2,081.00 dengan sekurangnya sebagai bekas anggota polis atau tentera yang sekurang kurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
  • Ataupun dengan gred yang sama pada gaji permulaan RM2,285.00 dengan sekurangnya memiliki ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Kepujian Bahasa Melayu (Sekurangnya gred C) dalam SPM/SVM Malaysia

Kelayakan Secara Lantikan

  • Kalau anda dari “Penolong Pegawai Keselamatan” dan nak ke jawatan pegawai keselamatan perkara utama adalah mesti memenuhi syarat yang ada pada gred KP41 terlebih dahulu
  • Serta lulus peperiksaan khas
  • Had umur jika persaraan anda 55-56 makan nak naik ke pangkat ini mestilah kurang dari 54 tahun, kalau bersara 58 mestilah kurang dari 56 tahun kalau bersara 60 merstilah kurang dari 58 untuk ke jawatan ini.

Rujukan : Spa (GOV)

Share² lah yerr..

Leave a Comment