Gaji Akauntan Gred WA41, W47, W51, Dan W53 (Trusting)

Ini adalah senarai gaji akauntan (accounting) dalam sektor kerja kerajaan di malaysia yang boleh anda jadikan rujukan serta panduan

Berapa Gaji Akauntan?

gaji akauntan

Jika anda berhajat nak berada di bidang akauntan dalam sektor kerajaan di Malaysia ini serta ada boleh hadapi tugas sebagai accounting, berikut adalah senarai gaji serta peringkat kelayakan yang anda perlukan untuk mendapat gaji yang ditetapkan bagi jawatan tersebut.

GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
WA41RM2,820.00RM9,585.00RM225.00
WA47RM5,161.00RM11,690.00RM270.00
WA51RM5,795.00RM12,370.00RM290.00
WA53RM6,122.00RM13,180.00RM320.00

Syarat Kelayakan Untuk Mecapai Gred Gaji

  • Untuk mendapat gaji minimum dengan Gaji Permulaan pada Gred WA41 iaitu RM2,820.00 anda mestilah mempunyai sekurangnya Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang telah diiktiraf Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
  • Kepujian Bahasa Melayu (Sekurangnya gred C) dalam SPM/SVM Malaysia
  • Atau boleh juga jika anda telah lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
  • Atau boleh juga jika anda telah lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA)

Kelayakan Untuk Dapat Gaji Gred W 47,51,53

  • Kalau nak gaji dengan gred lebih tinggi perkara utama adalah mesti memenuhi syarat yang ada pada gred W41 terlebih dahulu
  • Anda mestilah merupakan Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan
  • Juga anda perlulah menjadi Ahli MIA
  • Memiliki tempoh pengalaman kerja yang ditetapkan (expirience)
  • Dan memiliki tahap kecemerlangan yang ditetapkan oleh pihak jabatan/perkhidmatan.

Rujukan : Spa (GOV)

Share² lah yerr..

Leave a Comment