news

Kelahiran 5 Ekor Singa Putih Ini Jadi Perhatian Dunia

Singa putih sebenarnya tidak normal seperti singa biasa dan sangat jarang ditemui.

Kelahiran 5 ekor anak singa putih di Zoo Kiev,Ukraine ini menjadi perhatian dunia selepas penampilan pertama mereka ditontonkan kepada umum secara rasminya.

Anak-anak singa jantan ini dilahirkan kira-kira 3 bulan yang lalu, ia merupakan anak kepada pasangan singa Afrika Ivanna dan Ludvig. Singa putih kebanyakkannya akan tinggal di dalam kurungan, ini kerana perubahan mutasi menyebabkan mereka sukar untuk hidup di dalam dunia liar.

Jika anda berminat untuk berkenalan dengan anak-anak singa putih yang comel ini, anda boleh ke Ukraine untuk lihat lebih dekat lagi spesies singa yang jarang-jarang ditemui ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button