eGUMIS 2020 : Sistem Semakan Wang Tak Dituntut ANM

Ini adalah perkongsian cara bagaimana untuk adan membuat semakan wang tak dituntut melalui sistem egumis anm versi 2020 yang boleh dicapai melalui laman sesawang egumis tersebut

eGumis 2020 Semakan Wang Tak Dituntut

egumis semakan wang tak dituntut

Laman ini dibina oleh jabatan akauntan negara malaysia (ANM) bagi memudahkan anda untuk menyamak wang tak dituntut milik anda. Semakan harian hanya boleh dibuat dua (2) kali sahaja sehari bagi setiap mykad id.

Cara Semak Wang Tidak Dituntut Online (eGumis ANM)

  1. Klik link egumis.anm.gov.my
  2. Klik “pendaftaran”
  3. Isi butiran peribadi
  4. Dah sattle pegi ke bahagian semakan untuk eGumis Login
  5. Isi nombor kad pengenalan
  6. Keluar jumlah duit yang ada dalam akaun bank atas penama seperti dalam gambar bawah ni.

Cara Claim Duit Anda (WTD)

  • Bila anda sudah check melalui egumis 2020 dan didapati ada duit anda boleh buat tuntutan seperti berikut:

Selepas dah buat semakan berapa amaun wang yang ada, klik link website tersebut dan perkara pertama yang perlu dibuat adalah muat turun garis panduan permohonan Wang Tak Dituntut (WTD).

Boleh la sedikit sebanyak tambah wang saku anda sementara tunggu next gaji kerja nanti ­čÖé

Syarat Tuntutan Wang Tak Dituntut

  • Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.
  • Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.
  • Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.
  • Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan