China Cipta Helikopter Dron Yang Membawa Penumpang Pertama Di Dunia

Dron Helikopter yang boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh kini bukan lagi sekadar fiksyen dalam filem.

Salah sebuah pengeluar di China kini memperkenalkan helikopter dron yang membawa penumpang pertama di dunia. Ia boleh membawa individu tanpa dikawal oleh jurupandu di udara. 

Dezeen & inHabitat

Ia dinamakan  “Ehang 184 drone” berukuran sekitar 1.4 meter tinggi dan mempunyai ciri-ciri boleh dilipat bagi memudahkannya untuk disimpan. 

Dron ini boleh membawa seorang penumpang dan dilengkapi skrin sentuh bagi menetapkan laluan yang selamat bagi penumpang tersebut. 

Ehang dipanggil antara kenderaan paling selamat dan  mesra alam bagi pengangkutan jarak dekat.

Ia boleh bertahan selama 23 minit dan boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga100 kilometer sejam dengan ketinggian 3,400 meter.  Ia akan mengambil masa sehingga 4 jam untuk di cas semula.

Demo

Rekaan ini diperkenalkan di CES 2016 di Las Vegas beberapa minggu yang lalu dan dikatakan akan dijual sekitar  £ 140,000 dan £ 200,000.

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of