Koleksi Kasut Dr. Martens Buat Peminat Teenage Mutant Ninja Turtles

Ini rekaan kasut but paling comel yang pernah kami lihat

Dr. Martens, satu nama yang cukup dikenali dikalangan peminat-peminat  kasut but. Sebelum ini banyak juga rekaan menarik yang telah dikeluarkan oleh Dr.Martens, contohnya seperti kasut but bercorak bendera, bunga dan lain-lain. Tapi keluaran kali ini sangat berbeza dan unik dari rekaan yang sebelumnya.

Dr.Martens x TMNT, kami kira ini kolaborasi yang cukup mantap di antara Dr.Martens dan Ninja Turtle sekaligus sebagai satu penghormatan kepada semua peminat Teenage Mutant Ninja Turtles.

Ini mungkin rekaan kasut but yang paling comel pernah anda lihat setakat ini!

Kerjasama hebat ini berjaya menghasilkan 4 rekaan corak yang menarik, setiap daripadanya mewakili watak Leonardo, Donatello, Michelangelo dan Raphael. Jangan terlepas untuk ketahui lebih lanjut tentang Dr.Martens x TMNT di laman web rasmi Dr.Martens disini.

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of