Anda Akan Dibayar Untuk Bermain Dengan Kucing Sepanjang hari

Terdapat satu jawatan kosong di England yang hanya memerlukan anda untuk bermain dengan kucing sepanjang hari.

Pernah tak tebayang anda dibayar hanya untuk bermain dengan kucing? Ya, di Manchester, England terdapat sebuah kafe sedang mencari pekerja untuk tugasan ini.

Kafe kucing pada awalnya dibuat di Taiwan tetapi popular di Jepun kini menjadi ikutan di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Baca: 6 Senarai Kafe Kucing Malaysia dengan konsep menarik!

Mereka mula mencari pekerja untuk kafe tersebut di Facebook mereka. Antara tugasan yang disertakan ialah seperti memberi makanan, membersihkan dan bermain dengan kucing. Anda juga diminta untuk menggalakkan pelanggan berinteraksi dengan kucing. Kemudian, membersihkan tempat tidur kucing dan menjadi pelatih kucing profesional.

Menariknya, anda akan dibayar sekitar 7.50 hingga 8 pounds (RM43) sejam!

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment